Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Train & Place Huawei: Daftar Latihan Kemahiran Graduan. Gaji Minima RM2,000 & Penempatan Kerja Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • October 21, 2021 • 2 min baca

Train & Place Huawei: Daftar Latihan Kemahiran Graduan. Gaji Minima RM2,000 & Penempatan Kerja Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda graduan tahun 2020 dan 2021 yang masih menganggur dan tiada pekerjaan? Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC) berbesar hati menjemput semua graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari pelbagai bidang pengajian untuk menyertai program Train and Place anjuran UTMCC dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Graduan yang berminat untuk mempelajari Big Data dan berkelayakan boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Jangan lepaskan peluang ini ! Inilah masanya anda tambah kemahiran dan bina kerjaya kerana penempatan kerja disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: HUAWEI Certified Network Associate Big Data Engineer Certification Training
  • Anjuran: Pusat Kerjaya UTMCC dengan kerjasama KPT
  • Tarikh: 9 hingga 13 November 2021 (Selasa – Sabtu)
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Tempat: Cyberjaya
  • Tarikh akhir pendaftaran: 3 November 2021

FAEDAH PROGRAM

Antara faedah mengikut program yang ditawarkan adalah:

  • Memperoleh kemahiran dan sijil profesional HUAWEI Big Data
  • Diberi penempatan pekerjaan selewat-lewatnya enam bulan selepas tamat latihan
  • Gaji minima RM2,000 (mengikut kelayakan)

KRITERIA KELAYAKAN

Tawaran mengikuti program Train & Place HUAWEI adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada semua graduan IPTA 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja/ bekerja separuh masa
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari Big Data
  • Penginapan, yuran kursus dan makan minum sepanjang program disediakan oleh penganjur
  • Hanya peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Pusat Kerjaya UTM

CARA DAFTAR PROGRAM

Sekiranya anda merupakan graduan yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas dan berminat untuk sertai program kemahiran yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 3 November 2021.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai program yang ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Emel: ecareer@utm/my
  • Tel: 07 5538835

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.