Train & Place Huawei: Daftar Latihan Kemahiran Graduan. Gaji Minima RM2,000 & Penempatan Kerja Disediakan
Anda graduan tahun 2020 dan 2021 yang masih menganggur dan tiada pekerjaan? Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC) berbesar hati menjemput semua graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari pelbagai bidang pengajian untuk menyertai program Train and Place anjuran UTMCC dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Graduan yang berminat untuk mempelajari Big Data dan berkelayakan boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Jangan lepaskan peluang ini ! Inilah masanya anda tambah kemahiran dan bina kerjaya kerana penempatan kerja disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama Program: HUAWEI Certified Network Associate Big Data Engineer Certification Training
- Anjuran: Pusat Kerjaya UTMCC dengan kerjasama KPT
- Tarikh: 9 hingga 13 November 2021 (Selasa – Sabtu)
- Masa: 9 pagi hingga 5 petang
- Tempat: Cyberjaya
- Tarikh akhir pendaftaran: 3 November 2021
FAEDAH PROGRAM
Antara faedah mengikut program yang ditawarkan adalah:
- Memperoleh kemahiran dan sijil profesional HUAWEI Big Data
- Diberi penempatan pekerjaan selewat-lewatnya enam bulan selepas tamat latihan
- Gaji minima RM2,000 (mengikut kelayakan)
KRITERIA KELAYAKAN
Tawaran mengikuti program Train & Place HUAWEI adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Terbuka kepada semua graduan IPTA 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja/ bekerja separuh masa
- Mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari Big Data
- Penginapan, yuran kursus dan makan minum sepanjang program disediakan oleh penganjur
- Hanya peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Pusat Kerjaya UTM
CARA DAFTAR PROGRAM
Sekiranya anda merupakan graduan yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas dan berminat untuk sertai program kemahiran yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 3 November 2021.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai program yang ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Emel: ecareer@utm/my
- Tel: 07 5538835