Top Glove Management Associate Programme: Program Latihan Kerja 3 Tahun Buat Graduan Tanpa Pengalaman

Top Glove Management Associate Programme (TGMAP) adalah program 3 tahun yang dirancang untuk mengembangkan bakat muda yang bercita-cita tinggi dan luar biasa untuk menjadi pemimpin Top Glove akan datang. Sepanjang program, graduan akan belajar dan memahami aspek-aspek teras perniagaan, bekerjasama rapat dengan pasukan dan pemimpin yang berbeza serta menerima bimbingan dari pihak atasan.

Program ini akan mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran berguna yang pasti dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja pada masa akan datang. Peserta yang berkelayakan juga berpeluang untuk bekerja secara tetap di syarikat Top Glove jika menunjukkan prestasi yang baik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program kerja yang ditawarkan.

KELEBIHAN PROGRAM TGMAP

Sepanjang mengikuti program TGMAP, peserta akan memperolehi pelbagai manfaat seperti:

  • Latihan pekerjaan dalam pelbagai bidang
  • Terima bimbingan dan sokongan daripada pekerja atasan
  • Berpeluang mendapat pengalaman mengendalikan projek yang bermakna
  • Pembelajaran yang berpanjangan dengan persekitaran yang kondusif

Top Glove Management Associate Progamme: Program Kerja 3 Tahun Buat Graduan Tanpa Pengalaman

KELAYAKAN PROGAM

Pengurusan Top Glove mencari individu yang mempunyai kelayakan berikut untuk sertai program ditawarkan:

  • Graduan dengan pengalaman kerja kurang daripada 2 tahun
  • Keputusan akademik minimum CGPA 3.2 dan ke atas
  • Minimum memegang Ijazah Sarjana Muda
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 peranan kepimpinan yang signifikan
  • Gred A dalam Ujian English dan Matematik yang dikenali
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

BIDANG PROGRAM

Pemohon boleh memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat. Antara bidang ditawarkan adalah:

  • Engineering
  • Manufacturing
  • Marketing
  • Human Resources
  • Finance
  • Information Technology
  • Logistics & PM Purchasing

PROSES PERMOHONAN

Berikut adalah proses permohonan program TGMAP:

Top Glove Management Associate Progamme: Program Kerja 3 Tahun Buat Graduan Tanpa Pengalaman

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://www.topglove.com/
  2. Senarai bidang program akan dipaparkan. Pilih bidang yang anda minat dan sesuai dengan kelayakan
  3. Klik pada bidang bersesuaian. Maklumat kerja akan dipaparkan. Klik Apply now untuk mohon
    Top Glove Management Associate Progamme: Program Kerja 3 Tahun Buat Graduan Tanpa Pengalaman
  4. Daftar akaun terlebih dahulu untuk mohon program kerja
    Top Glove Management Associate Progamme: Program Kerja 3 Tahun Buat Graduan Tanpa Pengalaman
  5. Isi maklumat diminta sehingga selesai

Pemohon akan diminta untuk menduduki ujian online bagi tujuan pengesahan kelayakan. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan TGMAP, anda boleh hubungi pegawai bertugas Kate Yeong di email berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma