Daftar TNB Reskilling Program: Peluang Pekerjaan Selepas Latihan Buat Lepasan SPM & Graduan
Program TNB Reskilling merupakan satu inisiatif yang disediakan bagi memberi peluang latihan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia terutama lepasan SPM, graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja.
Setelah tamat latihan, peserta akan mendapat penempatan pekerjaan di mana-mana industri yang memerlukan tenaga kerja untuk melakukan pekerjaan tertentu. Calon akan ditawarkan kerja secara kontrak minimum 1 tahun.
Sekiranya berminat untuk membina kerjaya bersama TNB Reskilling Program, baca selanjutnya di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: Tenaga Nasional Berhad
- Nama program: TNB Reskilling Malaysia Program
- Lokasi program: Seluruh Negara
- Tarikh tutup permohonan: Rujuk pautan pendaftaran
KELEBIHAN PROGRAM
Peserta program akan mendapat kelebihan berikut:
- Pensijilan diiktiraf industri
- Peluang pekerjaan selepas latihan: Vendor TNB atau Syarikat di dalam Sektor Tenaga
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi menyertai TNB Reskilling adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Syarat kelayakan minimum adalah lepasan SPM
- Sijil dalam bidang elektrik adalah satu kelebihan
PILIHAN PROGRAM
Berikut adalah pilihan program yang ditawarkan:
DAFTAR TNB RESKILLING
Berminat dengan program yang ditawarkan dan berhasrat untuk mendapatkan peluang pekerjaan? Anda boleh daftar TNB Reskilling sekarang di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut mengenai program TNB Reskilling, anda boleh terus layari http://tnbilsas.com.my.