Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

Masih ramai rakyat Malaysia yang susah sangat nak buat simpanan wang walaupun sebanyak RM1000 untuk simpanan kecemasan. Walaupun menabung kelihatan senang, nak mulakan dan amalkannya bukan senang! Maklumlah, ada di antara kita ‘sayang’ duit nak masuk ke dalam tabung.

Mungkin ramai yang masih tidak sedar betapa pentingnya untuk menabung. Bagi yang masih liat untuk menabung, apa kata anda cuba dengan kaedah yang menarik, iaitu guna “Tabung Warna”. Dijamin berkesan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk kenali tabung warna dan tips simpan duit guna tabung warna.

TABUNG WARNA

Rasanya ramai yang sudah tahu kaedah ini. Bagi yang tidak tahu, menyimpan dengan guna tabung warna adalah simpan duit ikut warna duit seperti hijau untuk RM5, Merah untuk RM10, oren untuk RM20 atau ungu untuk RM100.

Anda hanya perlu asingkan duit ikut warna di dalam tabung. Cara ini boleh dikatakan mudah dan berkesan bagi mereka yang mahu menyimpan duit tetapi sukar untuk konsisten menyimpan wang setiap bulan.

Walau anda hanya simpan wang berwarna hijau RM5, tetapi bila dah konsisten simpan sehingga hujung tahun dan kira semula jumlah simpanan anda pastinya akan membuatkan anda tersenyum hingga ke telinga!

Baca juga: Cara Kira Zakat Simpanan Yang Wajib Anda Tahu

Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

Nak menyimpan dengan tabung warna pun ada strategi juga ya! Baca tips di bawah.

TIPS SIMPAN DUIT DENGAN TABUNG WARNA

Berikut adalah beberapa tips untuk menyimpan duit dengan tabung warna.

1) Mulakan Dengan Nilai Yang Kecil

Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan nilai yang kecil seperti RM1 yang berwarna biru atau RM5 berwarna hijau untuk beberapa bulan kemudian naikkan sedikit nilai yang anda mahu simpan kepada RM10 yang berwarna merah dan seterusnya.

Bila mula dengan nilai yang kecil, tak adalah kita terlalu kedekut untuk masukkan wang dalam tabung. Lama kelamaan bila dah terbiasa menabung, nak masukkan jumlah yang besar pun tidak kisah.

Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

2) Label Tabung Ikut Warna

Labelkan tabung anda mengikut warna duit. Lebih bagus jika anda ada tabung seperti ini.

Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

Anda hanya perlu masukkan sahaja wang dengan warna tersebut ke dalam tabung yang anda sudah sediakan.

3) Jangan Gunakan Wang Yang Ingin Disimpan

Contohnya jika anda berhasrat untuk menyimpan wang bernilai RM20. Setiap kali anda memegang atau menerima wang RM20, terus masukkan dalam tabung. Jangan sesekali gunakan wang tersebut. Kadang kala menabung secara paksa sangat berkesan!

Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

3) Konsisten

Namun nak lakukan apa-apa sahaja untuk menjayakannya kita mestilah konsisten.  Sama juga seperti menabung. Jika anda sudah pilih untuk menyimpan wang bernilai RM20, jangan tipu diri anda, anda mestilah simpan wang tersebut.

Anda juga boleh gunakan kaedah simpanan harian RM1, mingguan RM5 dua minggu sekali pula RM10. Apa yang penting sekali adalah konsisten.

Tips Simpan Duit Guna Tabung Warna

Baca juga: 5 Tempat Terbaik Untuk Membuat Simpanan Wang

Menyimpan duit mengikut warna ini bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma