Tips Mencari Maklumat Isu Semasa Utama Untuk Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan
Anda calon temuduga bagi jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Tahu tak antara soalan yang sering ditanya kepada calon terutama bagi jawatan-jawatan gred 29, 41 atau lebih tinggi adalah tentang isu semasa? Jangan terkejut pula bila panel tanya soalan ini! Pastikan anda ambil tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara untuk persediaan temuduga.
Tujuan panel temuduga tanya soalan tentang isu semasa adalah untuk menguji tahap pengetahuan calon dan memastikan calon temuduga adalah seorang yang sentiasa peka dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling.
Untuk persediaan temuduga nanti, ada beberapa kaedah yang disarankan untuk anda lakukan dalam mencari maklumat isu semasa utama sebagai persediaan ke temuduga nanti.
Isi Kandungan
KAEDAH CARI MAKLUMAT ISU SEMASA UTAMA
Berikut adalah beberapa kaedah yang anda boleh lakukan sebagai persediaan mencari maklumat isu semasa negara sebelum hari temuduga:
Baca Akhbar (Berbentuk Fizikal Atau Online)
Orang-orang muda terutamanya remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu – isu semasa yang sedang berlaku, terutamanya yang menyentuh bab politik dan ekonomi kerana ianya membosankan dan tidak seseronok majalah-majalah hiburan atau sukan. Namun, untuk hari
temuduga anda, cuba korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Di samping membuat persediaan temuduga, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan.
Anda boleh membaca Berita Harian, Utusan, NSTP, dll. Akhbar seperti ini mengandungi bermacam-macam maklumat yang mungkin berguna kepada anda kelak. Biasanya soalan-soalan penemuduga bagi kerja kerajaan banyak ditanya berdasarkan isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam akhbar.
Antara tips mudah untuk anda dapatkan maklumat isu semasa dengan cepat adalah BACA TAJUK PENTING sahaja. Antaranya:
- Berita utama di muka hadapan.
- Isu semasa.
- Berita dunia.
- Dan rencana-rencana yang berguna terutamanya mengenai Negara Malaysia.
- Politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Berita sukan, kes bunuh ke, dan yang lain-lain tu tidak perlu anda baca. Ini akan menjimatkan masa anda.
Duduk Depan TV Jam 8 Malam
Tahukah anda pada masa tersebut hampir semua siaran TV menyiarkan berita. Berita-berita tersebut adalah berita terkini. Tonton TV3 ke, TV1 ke, TV9 ke, Astro Awani ke…mana-mana yang anda minat. Anda akan mendapat banyak informasi terkini dan penting hanya dengan duduk di depan TV saja. Tapi jangan tengok sahaja, dengar dan faham betulbetul!
Ringankan Mulut Bertanya
Apa-apa yang anda tidak tahu atau musykil, anda boleh menanyakannya kepada orang yang lebih mengetahuinya. Cuba bertanya kepada rakan-rakan, ayah dan ibu ke, sesiapa sahaja yang anda boleh tanya. Mungkin mereka dapat membantu anda.
Sebagai contoh, katakan anda kurang faham mengenai sistem pilihanraya di Malaysia ni. Apa yang perlu anda buat adalah cuba anda tanyakan hal tersebut kepada ayah anda. Ayah anda lebih makan garam dari anda, pasti dia mengetahuinya. Tak rugi mendapatkan ilmu dengan bertanya.
Layari Internet
Internet adalah lombong segala sumber informasi! Segala informasi yang ada anda boleh perolehi melaluinya. Jadi, apabila anda ingin mengetahui apa-apa maklumat yang anda inginkan, dapatkan bantuan internet. Kalau di rumah tiada sambungan internet, anda boleh pergi cyber cafe yang menyediakan perkhidmatan internet. Ataupun pergi mana-mana tempat yang ada WIFI!
Baca juga: Contoh Soalan Isu Semasa Dalam & Luar Negara Yang Ditanya Dalam Temuduga SPA
Semoga bermanfaat!