Lulus Temuduga SPA, Calon Ini Kongsikan Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

Orang cakap, nak lepas temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah satu perkara yang sukar,betul ke? Maklumlah, setiap jawatan yang dimohon, masih ramai calon lain juga menaruh harapan untuk lulus. Sekiranya anda melepasi tahap peperiksaan dan mendapat tawaran temuduga, tahniah!

Sebenarnya nak lulus peperiksaan SPA dari beribu calon lain juga bukan mudah. Bila dah dapat tawaran temuduga, anda perlulah buat yang terbaik!

Melalui laman Facebook, seorang calon yang LULUS temuduga SPA telah kongsikan tips lulus temuduga kerajaan yang mungkin akan membantu anda nanti.

Beliau lulus bagi temuduga jawatan S41 Pegawai Penerangan Kementerian Komunikasi Multimedia. Ikuti perkongsian tips lulus temuduga SPA di bawah.

Lulus Temuduga SPA, Calon Ini Kongsikan Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

TIPS LULUS TEMUDUGA SPA

Berikut adalah perkongsian tips lulus temuduga SPA oleh calon yang telah berjaya lulus temuduga dan mendapat tawaran SPA:

#Tips 1: Permohonan SPA9

Anda perlu melengkapkan segala maklumat dengan betul (terutama bahagian e-mail & no kad pengenalan) dan mengemukakan data-data yang sahih dan benar. Sekiranya sistem memerlukan anda memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan anda berbuat sedemikian terlebih dahulu.

Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang anda muat naik adalah baik dan jelas. *nota (Dapatkan sijil SPM anda bukan slip keputusan SPM untuk urusan rasmi SPA).

Baca: Cara Scan Mudah Dokumen Guna Telefon Pintar Tanpa Aplikasi

#Tips 2: Pemilihan Jawatan

Jika anda pemegang Ijazah Sarjana Muda, anda disarankan untuk mohon jawatan Gred 41. Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang anda ada biasanya susah untuk lepas taspisan awal SPA. Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakan akademik kerana ini boleh membantu anda mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.

#Tips 3: Peperiksaan SPA

Seperti peperiksaan yang biasa, kita perlu membuat persiapan mental dengan sedikit latihan terutama mengasah bakat matematik yang tidak pernah tajam itu. Namun jika punya kelemahan dalam sub ujian tertentu, anda disarankan untuk minta bantuan kawan-kawan untuk jawab bersama.

Nota: Jangan terlalu bergantung pada orang lain, masa adalah musuh nombor satu sewaktu peperiksaan ini berjalan.

#Tips 4: Senarai Semak Temuduga SPA

Pihak SPA akan memuat naik satu link ‘senarai semak temuduga’. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Biasanya saya juga akan buat satu salinan ‘hard copy’ sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belum mencukupi.

Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, saya pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat / mengelirukan.

#Tips 5: Resume

Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga. Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan ‘hightlight’ sijil yang berkaitan dengan penjawatan.

Nota: Saya aktif dengan Pidato Kenegaraan Jab Penerangan jadi ini saya letakkan dalam resume dan simpanan bukti sijil sekiranya panel ingin melihat

#Tips 6: Adab & Adat Bercakap

Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan. Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon. Sewaktu saya di temuduga saya berikan sedikit salutasi ringkas kepada panel sewaktu itu saya mendapat Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Contoh:

Asalamualaikum wbt & Salam Malaysiaku Prihatin saya ucapkan kepada …
Tan Sri Dato’ Haji Othman B Mustafa (Jawatan)
Seterusnya buat Dato’ Mantan Ketua Pengarah Jab Penerangan
Dato’ …..

Nota: Masa sebelum temuduga jangan habiskan masa dengan gementar dan berdoa sahaja, ambil masa untuk tingkatkan kelebihan anda berbanding calon lain.

#Tips 7: Seni Pengucapan

Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa. Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

Contoh soalan yang calon dapat sewaktu temuduga:

  • ‘berikan saya perancangan kamu sebelum semasa & selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program ‘Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia’
  • ‘Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda’
  • ‘Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda’
Nota: Tenang dan jangan gementar ketika ditanya soalan. Panel ingin lihat calon bersedia atau tidak.

#Tips 8: Jangan Buat-Buat Pandai

Contohnya panel ada tanya saya ” Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, saya jawab (Ya) “Tuan ada follow youtube Jabatan, saya jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa peraduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini.

Jika tidak dapat jawab, maksudnya anda sudah kantoi menipu, jadi bersikap jujurlah. Tapi nasib saya baik sebab memang dah buat kajian sedikit laman-laman rasmi mereka sebab bersedia dengan soalan cepumas seperti ini. *(Call orang yang dah lulus temuduga untuk dapatkan tips).

#Tips 9: Keberkatan

Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai. Ia membantu anda berlapang dada dan hati. Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma