5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

Bila sebut sahaja peperiksaan MUET pasti ramai dah mula gemuruh. Kadangkala bukan gemuruh sebab tidak tahu, tetapi sebab tidak yakin dengan diri sendiri. Peperiksaan MUET sebenarnya tidaklah terlalu sukar jika anda tahu caranya.

Namun pelbagai persoalan bermain di fikiran selagi belum tiba hari peperiksaan tersebut dan pastinya semua ingin lulus.

Untuk ketahui beberapa tips lulus MUET dengan band 6, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

5 TIPS LULUS MUET DENGAN BAND 6

1. Set Target Anda

Pertama sekali, setiap orang perlu ada target untuk dapat band berapa dan pastikan target band anda adalah band 2 ke atas. Jangan letakkan target yang terlalu rendah. Cabar diri sendiri untuk sahut cabaran tersebut.

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

2. Banyakkan Bertanya Kepada Pensyarah

Rajinkan diri anda untuk kerap bertanya kepada pensyarah berkenaan soalan MUET. Percayalah, ianya sangat membantu. Ketepikan rasa malu anda untuk bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan, malu bertanya pensyarah, sukar lah jawab muet kemudian hari.

Kalau terlampau malu sangat nak bertanya, anda boleh juga bertanya pada tutor ataupun kawan-kawan yang mahir bahasa inggeris.

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

3. Belajar Secara Berkumpulan

Tubuhkan satu kumpulan dalam kelompok yang kecil. Cukup hanya 4-6 orang. Dalam kelompok tersebut, cuba cari topik untuk diperbualkan dalam bahasa inggeris. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap komunikasi anda dalam berbahasa inggeris, ia akan meningkatkan tahap keyakinan anda untuk berbahasa Inggeris.

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

4. Buat Latih Tubi Berkenaan Soalan MUET

Dapatkan buku-buku adik anda yang bersekolah rendah dan menengah, dan cuba buat latihan tersebut. Cara ini mampu meningkatkan dan memperkukuhkan tahap grammar anda. Nampak mudah dengan soalan-soalan latihan sekolah rendah dan menengah, namun dari situlah ianya membantu anda.

Lebih banyak anda membaca dan membuat latihan, lebih bagus tahap kefahaman anda dalam bahasa inggeris.

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

5. Baca Panduan Persediaan MUET

Sebelum melakukan apa-apa perkara pun, persediaan adalah sangat penting. Baca panduan persediaan MUET untuk memastikan diri anda sentiasa bersedia dan tidak lagi gemuruh pada saat peperiksaan MUET tiba.

Anda boleh dapatkan buku panduan persediaan muet di mana-mana kedai buku ataupun jika ingin berjimat, anda boleh pinjam buku-buku tersebut daripada senior-senior anda. Ini dapat membantu anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Muet.

TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET

Selain daripada 5 tips di atas, anda juga perlulah kuasai dan tahu setiap perkara yang akan hadapi dalam peperiksaan MUET nanti. Untuk menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing dengan cemerlang, ada tekniknya.

Untuk ketahui teknik lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET, anda boleh dapatkan ebook PANDUAN MUET. Dengan adanya ebook panduan MUET ini, anda tidak perlu lagi memikirkan jenis soalan macam mana yang akan anda hadapi dan bagaimana situasi di dalam bilik peperiksaan nanti.

Semuanya akan diceritakan dalam ebook panduan ini. Ada banyak lagi kandungan dan hasil yang bakal anda dapat dari ebook ini. Baca selanjutnya!

EBOOK PANDUAN MUET BAND 6

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda.

Antaranya:

  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET

KANDUNGAN EBOOK PANDUAN MUTE

Berikut adalah isi kandungan ebook ini:

  • Bab 1 : Pengenalan
  • Bab 2 : Apa itu MUET?
  • Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
    Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
    Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
    Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
    Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
    Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
  • Bab 4 : Reading Paper (800/3)
    Panduan Menjawab Soalan Reading
    Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
    Contoh Soalan Reading
  • Bab 5 : Writing Paper (800/4)
    Cara Menjawab Soalan Writing
    Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
    Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
  • Bab 6 : Listening Paper (800/1)
    Panduan Menjawab Ujian Listening
    Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
    Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
    Contoh Soalan Listening
  • Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
    Sebelum Peperiksaan
    Semasa Peperiksaan
    Selepas Peperiksaan
  • Bab 8 : Penutup

2 BONUS HEBAT

Jika anda mendapatkan ebook ‘Panduan MUET’ ini sekarang, anda akan menerima DUA lagi buah ebook yang sangat menarik secara PERCUMA!

Bonus 1: Tips Menguasai Bahasa Inggeris

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

Ebook ini menyenaraikan dan membincangkan bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan memahirkan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing anda.

Ebook ini juga mengajar anda proses menulis esei dari peringkat memahami tajuk esei hingga peringkat akhir iaitu menyemak kesalahan.

Bonus 2: Panduan Pengucapan Umum Yang Berkesan

5 Tips Lulus MUET Dengan Band 6

Ebook ini memberikan tips menyampaikan pengucapan umum yang berkesan, faedah-faedah yang diterima dari pengucapan umum dan perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berucap serta beberapa lagi info menarik tentang pengucapan umum

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MUET SEKARANG

Macam mana dengan tawaran ini? Menarik kan? Anda bukan sahaja dapat panduan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET, anda juga dapat tahu cara untuk kuasai Bahasa Inggeris dan panduan pengucapan umum yang berkesan. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM30 SAHAJA! Sangat murah jika nak dibandingkan dengan ilmu yang akan anda dapat.

Usah berlengah lagi! dapatkanlah ebook panduan ini untuk memberikan keyakinan kepada anda di dalam menghadapi peperiksaan MUET yang akan datang dan sekaligus, membolehkan anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.

Klik butang di bawah untuk dapatkan ebook panduan MUET beserta 2 bonus yang ditawarkan.

KLIK UNTUK ORDER EBOOK PANDUAN MUTE

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma