Tips Keselamatan Makanan Semasa Banjir Yang Perlu Diamalkan

Setiap penghujung tahun pasti akan muncul berita banjir ekoran musim tengkujuh yang melanda negara, terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun, lebih mengejutkan lagi kesan banjir yang melanda baru-baru ini di sekitar Lembah Klang. Bencana banjir yang melanda ini akan memberi banyak kesan dan kesukaran kepada penduduk yang terjejas.

Bukan sahaja dari segi harta benda, banjir juga akan menjejaskan keselamatan makanan. Saat berlakunya banjir, akses kepada makanan akan terhad dan bekalan makanan akan mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke penempatan penduduk yang terjejas akibat kesan banjir.

Oleh itu mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiada menjaga keselamatan makanan semasa banjir agar tidak berlaku penyakit yang tidak diingini

TIPS KESELAMATAN MAKANAN SEMASA BANJIR

Berikut adalah tips keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan:

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan
  • Makan makanan yang dimasak sahaja
  • Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman serta sayur-sayuran yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak
  • Jangan makan makanan yang terendam dalam air banjir
  • Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak seperti lipas, lalat atau tikus
  • Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda
  • Percayakan deria anda dan amalkan “lihat, hidu dan rasa”
  • Jangan makan makanan yang telah dihidang lebih dari 4 jam
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Sentiasa cuci tangan dengan betul terutamanya sebelum makan dan selepas ke tandas

Jangan sesekali mengambil sebarang makanan atau minuman yang telah terdedah kepada persekitaran. Bagi ibu bapa pula, setiap masakan anda perlulah seeloknya ditutup rapi di dalam bekas makanan atau di bawah tudung saji.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma