Senarai Semak & Carta Alir Tindakan Pengundi Positif Covid-19 Di Pusat Mengundi

Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, adalah dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beberapa langkah perlu diambil oleh Pengundi Positif COVID-19 sebelum keluar ke tempat mengundi. Pasukan kesihatan akan ditempatkan di Pusat Pembuangan Undi bagi membantu menyelaras urusan pembuangan undi pengundi positif COVID-19.

Kerjasama semua di pusat mengundi amat kami harapkan agar urusan penyelarasan ini berjalan lancar, selamat dan teratur. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan senarai semak dan carta alir tindakan pengundi positif Covid-19 di pusat mengundi yang perlu dipatuhi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut carta alir tindakan pengundi positif Covid-19 di pusat mengundi.

SENARAI SEMAK PENGUNDI POSITIF SEBELUM KELUAR MENGUNDI

Berikut adalah senarai semak pengundi positif Covid-19 sebelum keluar mengundi:

  1. Kemaskini status kesihatan dalam aplikasi MySejahtera
  2. Semak tempat mengundi dan saluran mengundi di MySPR Semak
  3. Lengkapkan borang khas kesihatan yang dihantar melalui SMS
  4. Pakai pelitup muka
  5. Digalakkan bawa pen sendiri
  6. Naik kenderaan persendirian dan tidak membawa penumpang lain
  7. Sekiranya menaiki kenderaan dengan pemandu:
    – Hanya berdua dengan pemandu sahaja
    – Memakai pelitup muka termasuk pemandu
    – Buka tingkat kenderaan
    – Duduk bertentangan dengan pemandu di tempat duduk belakang

CARTA ALIR TINDAKAN PENGUNDI POSITIF COVID-19

Pengundi Positif Covid-19 mestilah mengikut carta alir tindakan di pusat mengundi yang ditetapkan seperti berikut:

Di Pagar Pintu Masuk Pusat Mengundi

  1. Pengundi posiftif Covid-19 perlu melaporkan status kesihatan kepada petugas KKM semasa ketibaan ke pusat mengundi
  2. Petugas KKM akan membuat semakan status risiko Covid-19 dalam profil MySejahtera serta semakan saluran pengundi
  3. Pengundi positif Covid-19 diwajibkan memakai pelitup muka dan membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan

Ke Saluran Mengundi

  • Pengundi Positif Covid-19 diberikan keutamaan bagi mengelakkan percampuran dengan pengundi lain.

Di Dalam Tempat Mengundi

  1. Semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka, pengundi positif Covid-19 perlu mengamalkan penjarakan selamat dengan petugas pilihan raya
  2. Pengundi positif Covid-19 perlu menggunakan pensanitasi tangan sebelum mencelupkan jari ke dakwat pilihan raya
  3. Biarkan dakwat pilihanraya di jari kering
  4. Ambil kertas undi
  5. Letak telefon bimbit di tempat yang diarahkan oleh petugas pilihanraya
  6. Bersihkan tangan sekali lagi dengan pensanitasi tangan
  7. Pergi ke petak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab
  8. Masukkan kerta undian ke dalam peti undi
  9. Ambil semula telefon bimbit

Selesai Mengundi

  • Hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh HSO yang ditetapkan

Pengundi positif Covid-19 dinasihatkan untuk memakai pelitup muka sepanjang masa ketika berada di pusat mengundi dan menjaga penjarakan fizikal yang selamat dengan pengundi lain.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma