Jika Nak Bawa Handbag Untuk Temuduga, Ini Ciri-ciri Handbag Yang Sesuai

Setiap wanita memang tidak boleh berpisah dengan handbag untuk dibawa ke mana-mana. Maklumlah, semua keperluan lengkap di dalam satu beg dan lebih memudahkan urusan. Namun, perlu ke bawa handbag ke temuduga?

Tidak wajib pun bawa handbag, tetapi jika nak bawa pun tiada masalah asalkan memenuhi ciri-ciri yang sesuai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui ciri-ciri handbag yang sesuai dibawa ke temuduga.

CIRI-CIRI HANDBAG YANG SESUAI UNTUK TEMUDUGA

Saiz Yang Sesuai

Pastikan anda bawa handbag dengan saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dalam erti kata lain, yang sedang-sedang sahaja dengan struktur yang kukuh. Jangan bawa handbag yang sukar yang diletakkan dengan betul. Ini contoh saiz dan struktur handbag yang sesuai:

Jika Nak Bawa Handbag Untuk Temuduga, Ini Ciri-ciri Handbag Yang Sesuai

Berpoket & Berzip

Lebih baik jika anda handbag yang mempunyai poket kecil di luar atau dalam untuk memudahkan anda cari barang. Handbag yang mempunyai zip juga penting supaya penemuduga tidak dapat lihat isi dalam handbag anda ketika sesi temuduga.

Handbag Yang Tidak Lusuh

Jangan sesekali bawa handbag yang lusuh atau sudah terkoyak rabak. Penemuduga bukan nak nilai handbag sangat tetapi, handbag yang lusuh mungkin akan mencacatkan pandangan penemuduga. Jika anda tidak mempunyai handbag yang elok untuk dibawa, lebih baik anda langsung tidak bawa handbag. Tak salah pun!

Warna Yang Sesuai

Sesuaikan warna handbag dengan pakaian anda supaya kelihatan lebih menarik. Elakkan daripada membawa handbag yang berwarna terlalu terang. Untuk selamat, bawa handbag yang berwarna hitam, coklat, beige atau navy blue. Warna-warna ini kelihatan warna korporat. Senang anda nak sesuaikan dengan pelbagai warna pakaian.

Baca juga: Tips Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Calon Wanita Hadir Temuduga

Simple & Tidak Banyak Aksesori

Anda bawa handbag untuk temuduga bukan untuk menunjuk, tetapi untuk simpan barang-barang keperluan. Bawa handbag yang simple sahaja, jangan keterlaluan dengan aksesori atau berjura-jurai.

ETIKA BAWA HANDBAG UNTUK TEMUDUGA

Nak bawa handbag pun ada etika? Mestilah! Untuk lulus temuduga semua perkara yang dilakukan akan dinilai, jadi pastikan setiap perkara adalah mematuhi etika yang betul.

Baca juga: Etika Masuk Ke Bilik Temuduga & Mengundur Diri Selepas Temuduga Kerajaan

Jika anda nak bawa handbag, pastikan anda jangan silang atau galas dengan tali yang panjang. Bawa dengan keadaan menjinjing dan pastikan tali handbag tidak terlalu panjang. Tali yang panjang akan membuatkan anda nampak serabut. Jika handbag anda jenis ada 2 tali, pastikan anda buka tali panjang dan biarkan tali pendek sahaja yang tinggal.

Jika Nak Bawa Handbag Untuk Temuduga, Ini Ciri-ciri Handbag Yang Sesuai

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon wanita yang akan menghadiri temuduga nanti. Ingat, tak wajib pun bawa handbag, tetapi jika anda nak bawa pastikan handbag anda sesuai bukan tujuan untuk menunjuk, tetapi untuk letakkan barang keperluan.

Selamat maju jaya!

Baca juga: Nak Hadir Temuduga, Ini Gaya Tudung Yang Sesuai & Tidak Sesuai Buat Calon Wanita

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma