Cara Mohon Jadi Pembantu Eksekutif & Pengajar Di GIATMARA Dengan Kelayakan SPM/ SKM/ VTO

GIATMARA Negeri Kelantan mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengajar TVET di GIATMARA seluruh negeri Kelantan! Permohonan mestilah dibuat dengan menghantar permohonan melalui email disediakan sebelum 29 September 2022.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria minimum perlu menyediakan surat permohonan bersama Resume/ CV terkini beserta sijil-sijil berkaitan untuk disenaraipendek oleh GIATMARA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: GIATMARA Malaysia
  • Penempatan: Institusi GIATMARA Kelantan
  • Tarikh tutup permohonan: 29 September 2022

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  • Tenaga Pengajar Teknologi Automotif
  • Tenaga Pengajar Teknologi Motosikal
  • Tenaga Pengajar Pendawai Elektrik
  • Pembantu Eksekutif Logistik (PEL)
  • Pembantu Eksekutif Urustadbir (PEU)

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Lelaki dan berusia 21 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mempunyai lesen memandu

 

Tenaga Pengajar

  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM dengan kredit BM
  • Memiliki minimum SKM 3 dalam bidang berkaitan
  • Memiliki Sijil VTO dan Sijil Induksi – PP/ PPD
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan bersama industri
  • Mempunyai komitment tinggi terhadap kerja dan bertanggungjawab serta boleh bekerja dibawah pengawasan minima
  • Cekat dalam penggunaan aplikasi komputer

Pembantu Eksekutif

  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM dengan kredit BM
  • Mempunyai komitment tinggi terhadap kerja dan bertanggungjawab serta boleh bekerja dibawah pengawasan minima
  • Cekap dalam penggunaan aplikasi komputer

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh hantar permohonan melalui email berikut:

  • gmkelantan@giatmara.edu.my

Untuk disenarai pendek oleh GIATMARA Kelantan, calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria minimum perlu menyediakan surat permohonan bersama:

  • Resume/CV
  • Sijil-sijil berkaitan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma