Nak Cari Kerja Di Career Fair? Ini Tips Untuk Anda Dapat Tawaran

Job fair atau biasa disebut juga dengan career fair dan career expo adalah tempat yang banyak dikunjungi para job seeker. Hal ini disebabkan job fair memberi peluang kepada para pencari kerja terutamanya graduan untuk bertemu dengan perusahaan-perusahaan yang memang sedang menawarkan jawatan kosong.

Di career fair, petugas sesuatu syarikat akan memberikan pelbagai maklumat mengenai syarikat dan jawatan yang ditawarkan. Selalunya satu-satu career fair akan memberi peluang kepada puluhan syarikat untuk buka booth untuk mencari pekerja.

Nak dapatkan kerja melalui career fair ini mudah sahaja sebenarnya jika anda betul-betul bersedia.  Nak tahu macam mana dapatkan tawaran kerja melalui career fair? Ikuti perkongsian di bawah.

KELEBIHAN CAREER FAIR

Banyak kelebihan bila anda mencari kerja melalui career fair ni yang kaedah carian kerja lain tidak dapat beri kepada pencari kerja.

  • Berpeluang bersekemuka dengan HR dari syarikat-syarikat terkemuka
  • Memberi pengalaman temuduga yang berbeza
  • Lebih yakin kerana temuduga di tempat yang terbuka
  • Mendapat pendedahan maklumat syarikat-syarikat yang ada di Malaysia

TIPS MENCARI KERJA DI CAREER FAIR

1) Jaga Penampiran Diri

Jika anda hadir ke career fair, saingan anda bukan dua-tiga orang tau! Tetapi beratus calon atau pencari kerja yang hadir untuk ‘mempromosikan’ diri mereka kepada syarikat-syarikat yang ada. Jadi anda tidak boleh datang dengan berpakaian seperti nak pergi membeli belah.

Hadir ke career fair dengan berpakaian macam nak pergi temuduga betul kerana anda mungkin akan ditemuduga di sana. Jaga penampilan anda kerana anda mungkin sedang diperhatikan oleh bakal CEO anda!

Nak Cari Kerja Di Career Fair? Ini Tips Untuk Anda Dapat Tawaran

2) Bawa Resume Sebanyak Mungkin

Pastikan anda bawa resume, CV dan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa hadir ke career fair. Setiap booth syarikat akan memberi peluang kepada pengunjung dapatkan maklumat serta tinggalkan resume untuk rujukan mereka.

Jangan lepaskan peluang ini! Bawa resume sebanyak mungkin dan tinggalkan resume anda sebanyak mungkin pada syarikat yang ada.

3) Kenalpasti Senarai Syarikat Yang Ada

Sebelum hadir ke lokasi career fair, pastikan anda kenalpasti terlebih dahulu syarikat-syarikat yang ada nanti dan dapatkan sedikit maklumat berkaitan syarikat. Ketahui jenis syarikat yang ada. Contohnya jika banyak syarikat dalam bidang e-commerce, pastikan anda sesuaikan resume anda dengan bidang syarikat yang ada.

4) Bertenang Ketika Temuduga

Sekiranya anda hadir ke career fair, memang besar kemungkinan yang anda akan ditemuduga secara bersekemuka dan on the spot oleh sesebuah syarikat. Untuk situasi sebegini, pastikan anda bertenang dan jawab dengan yakin setiap persoalan yang ditanya.

Sebab itulah penting untuk anda membuat pembacaan serba sedikit mengenai syarikat-syarikat yang ada sebelum hadiri career fair. Anda kena ingat bawa pesaing anda sangat banyak di sana nanti.

5) Pastikan Bertenaga

Tenaga itu penting supaya anda sentiasa kelihatan bersemangat. Tambahan lagi apabila anda hadir ke career fair yang tempatnya luas dan memerlukan anda berjalan banyak. Sebelum anda hadir, pastikan anda makan terlebih dahulu dan jangan sesekali sampai di saat penutupan atau last minute. Sampai awal ke lokasi menunjukkan bahawa anda betul-betul berminat untuk mencari pekerjaan.

Baca juga: Tips Untuk Terus Dapat Interview & Tawaran Kerja Selepas Tamat Belajar

Sekiranya anda betul-betul berniat pergi ke career fair untuk mencari pekerjaan, pastikan anda bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan terutama dari segi persiapan diri. Setiap aspek pada diri anda akan dinilai sama seperti anda hadir ke temuduga biasa.

Tidak mustahil untuk anda dapat kerja melalui Career Fair. Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma