Anda Calon Temuduga Guru Di MRSM? Ini Tips Nak Jadi Guru MARA Di MRSM

Jika anda lihat di laman Facebook, banyak keluar iklan jawatan sebagai guru sambilan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ditawarkan di MRSM pelbagai negeri. Anda dah pernah mohon ke jawatan sebagai guru di MRSM?

Selain daripada permohonan jawatan guru MRSM melalui MARA, orang ramai yang berminat nak jadi guru juga boleh buat permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau guru di sekolah-sekolah seluruh negara melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Permohonan jawatan guru ini boleh dibuat melalui laman MySPP yang disediakan khas untuk orang ramai buat permohonan.

Bagi yang dah mohon jawatan guru di MRSM, tahu ke apa persediaan yang anda perlu buat sekiranya dipanggil temuduga? Ikuti perkongsian di bawah untuk tips temuduga jawatan guru MRSM.

TIPS TEMUDUGA GURU MRSM

Berikut adalah beberapa perkongsian oleh pensyarah UPSI berkenaan tips nak jadi guru MRSM untuk calon yang bakal hadiri temuduga guru MRSM:

  • Sistem MARA khususnya MRSM fokus aliran Sains Tulen Malaysia atau IB atau IGCSE sahaja untuk menengah atas manakala menengah rendah ikut KPM. Ada juga MRSM Ulul Albab, MRSM Premier, MRSM Teknikal (1 ja kot) dan MRSM Bitara. Calon guru kena faham setiap satu sistem MRSM ni.
  • Cikgu MRSM macam Cikgu sekolah asrama penuh akan penuh aktiviti siang atau malam untuk membantu membentuk kemenjadian murid. Cikgu MRSM macam kerja 18 jam la sehari waktu sibuk. Jadi Cikgu Homeroom lagi, mentor lagi.
  • Keutamaan MARA adalah murid B40 jadi jangan Cikgu pilih kasta pula. Kembangkan potensi Terbaik murid terbabit. Ramai Alumni MRSM sekarang dah jadi T20 dan nak bagi anak mereka pengalaman yang sama pun mohon masuk anak-anak mereka ke MRSM.
  • MRSM adaptasi pelbagai Teknologi Pendidikan terkini termasuk pedagogi terkini sehingga ramai Guru MRSM yang jadi Apple Teacher, Google Teacher dan Microsoft Educators. Jadi kena belajar sepanjang hayat untuk peningkatan Profesionalisme.
  • Kalendar Semester MRSM hampir sama dengan sesi akademik sekolah harian tetapi banyak program ko kurikulum dilaksanakan bagi menambah nilai Murid MRSM. Cikgu kena terlibat sekali la.
  • Jangan lupa matlamat kenapa MARA ditubuhkan. Termasuk dasar, misi visi terkini.

Semoga tips nak jadi guru MRSM ini sedikir sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan untuk hadir temuduga guru MRSM nanti. Pastikan anda ambil tahu setiap daripada perkara dinyatakan di atas sebagai persediaan pengetahuan tentang MRSM.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma