Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Biasiswa Top Glove 2022 Pengajian Dalam Negara & Taiwan Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 28, 2022 • 2 min baca

Permohonan Biasiswa Top Glove 2022 Pengajian Dalam Negara & Taiwan Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Biasiswa Top Glove menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa. Biasiswa yang ditawarkan adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu biasiswa untuk universiti awam tempatan dan biasiswa untuk universiti Taiwan terpilih.

Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti awam atau universiti Taiwan terpilih dalam pelbagai bidang pengajian adalah dipelawa untuk mohon biasiswa yang ditawarkan.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan biasiswa Top Glove di perkongsian bawah.

KADAR BIASISWA

Top Glove menyediakan biasiswa pengajian kepada pelajar yang layak sebanyak:

  • RM13,000 setiap tahun

KELEBIHAN BIASIWA TOP GLOVE

Pelajar tajaan Biasiswa Top Glove akan berpeluang untuk mengikuti latihan industri dan mendapat penempatan kerja dengan kumpulan syarikat yang menawarkan:

  • Gaji yang menarik
  • ESOS/ Share Grant
  • Penghargaan pencapaian
  • Plan insurans
  • Plan persaraan
  • Subsidi makanan
  • Akses ke gym
  • Pembangunan manusia
  • Bonus dan elaun
  • EPF
  • Diskaun staff
  • Kemudahan penginapan
  • Aktiviti sukan
  • Perubatan

BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah bidang pengajian yang layak untuk mohon biasiswa ditawarkan:

i) Kejuruteraan / Sains

  • Mechatronics Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Chemical Engineering
  • Manufacturing Engineering
  • Electric & Electronic Engineering
  • Civil Engineering
  • Chemistry / Bio Chemistry / Physics / Mathematics
  • Polymer Science / Applied Science

ii) Pengurusan

  • Accounting, Commerce and Finance
  • Statistics/Mathematics
  • Marketing/E-Commerce
  • Economics
  • Computer Science & Technology
  • Human Resources
  • Business Administration/Management

TARIKH PENTING PERMOHONAN BIASISWA

  • Tempoh permohonan: Februari hingga Mei
  • Temuduga bersemuka: Julai
  • Keputusan kelayakan: Ogos

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Memiliki kelayakan akademik yang baik (minimum)
    – SPM/O-Level : 10A+/A dalam subjek berkaitan termasuk Bahasa Inggeris
    – UEC: 3As
    – Matrikulasi/STPM/Asasi/A- Levels: CGPA 3.5 dan ke atas
  • Penyertaan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan – Rekod kepimpinan yang kuat
  • Pemohon mesti berada dalam keadaan sihat tubuh badan
  • Pemohon tidak boleh memegang biasiswa/ pinjaman lain
  • Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

CARA MOHON

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dan berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan Borang Permohonan Biasiswa Top Glove yang lengkap ke alamat berikut:

  • Scholarship Appilcation
    Level 21, Top Glove Tower,
    16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,
    Seksyen U13
    40170 Shah Alam, Selangor D.E. Malaysia
  • Tel: +603-3362 3098
  • Fax: +603-3362 3860
  • Email: tgscholarship@topglove.com.my

BORANG PERMOHONAN BIASISWA TOP GLOVE

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Biasiswa Top Glove, anda boleh terus ke laman web https://www.topglove.com/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.