Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

5 Tips Buka Akaun Semasa Perniagaan Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Oleh Cikgu Shaari • June 19, 2020 • 2 min baca

5 Tips Buka Akaun Semasa Perniagaan Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jika anda sedang atau berhasrat untuk menjalankan perniagaan tidak kira secara kecil atau besar, anda WAJIB ada akaun semasa perniagaan bagi memudahkan urusan. Jangan sesekali gunakan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan! Bila dan kantoi dengan bank, buruk padahnya.

Penggunaan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan boleh menyebabkan akaun bank anda disekat kerana pihak bank dapat kesan jika terlalu banyak transaksi keluar dan masuk berlaku dalam akaun peribadi anda.

Bagi yang ingin membuka akaun semasa perniagaan, ini tips yang dikongsikan untuk anda.

5 TIPS BUKA AKAUN SEMASA

1. Daftar SSM

5 Tips Buka Akaun Enterprise Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Bila sudah fikirkan nama syarikat anda, langkah pertama untuk memulakan perniagaan adalah daftar SSM dulu atas nama perniagaan anda. Kos untuk daftar SSM dalam RM70 untuk satu syarikat. Sekarang lagi mudah kerana semuanya boleh berurusan secara online termasuk register SSM.

Baca juga: Cara Renew SSM Secara Online

2. Cop Syarikat

5 Tips Buka Akaun Enterprise Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Bila dah ada SSM, buat cop atas nama syarikat yang anda daftarkan dengan SSM. Pergi ke kedai cop dan maklumkan bahawa anda ingin buat cop untuk buka akaun bank. Orang kedai itu akan tunjukkan beberapa jenis cop dengan harga dalam RM5 hingga RM7 sahaja. Hanya perlu 2 hingga 3 hari sahaja untuk siap.

Cop syarikat ini penting untuk anda buka akaun semasa di bank nanti.

3. Borang Akaun Semasa

5 Tips Buka Akaun Enterprise Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Pergi ke mana-mana cawangan bank dan minta borang buka akaun semasa. Sebaiknya pilih bank yang selalu digunakan oleh pelanggan untuk mudah mereka bank in nanti seperti Maybank atau CIMB Bank.

4. Sediakan Deposit

5 Tips Buka Akaun Enterprise Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Sediakan duit deposit untuk buka akaun. Untuk buka akaun semasa Maybank, anda perlu sediakan RM2,000. Jadi mana nak cari RM2,000 dalam masa terdekat? Cuba pinjam dengan kenalan anda untuk seketika tetapi gunakan untuk buka akaun sahaja. Nanti lepas nama akaun sudah lulus, buku cek dah keluar, anda boleh keluarkan balik duit tersebut dan bayar semula kepada mereka.

5. Introducer

5 Tips Buka Akaun Enterprise Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga

Introducer adalah orang yang memiliki akaun semasa bank yang anda daftar tersebut lebih daripada setahun. Namun tidak semua orang ada kenalan yang boleh dijadikan sebagai introducer. Anda boleh juga daftar akaun semasa tanpa introducer dengan kaedah berikut: Cara Buka Akaun Maybank Tanpa Introducer.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapat idea untuk membuka akaun semasa perniagaan anda. Dengan adanya akaun semasa ini anda pasti tidak akan ragu-ragu lagi untuk melakukan transaksi yang kerap dengan pelanggan anda. Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.