Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Tips Beli dan Kira Harga Barang Kemas Yang Ramai Tak Tahu

Oleh Cikgu Shaari • August 28, 2020 • 3 min baca

Tips Beli dan Kira Harga Barang Kemas Yang Ramai Tak Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam tips di perkongsian ini adalah cara-cara yang betul dalam membeli barang kemas tidak kira sama ada anda membeli emas di kedai cina, kedai melayu atau kedai india. Sebenarnya ramai yang tidak tahu cara sebenar membeli emas dan cara kiraan harga emas tersebut.

Kadang kala ada yang tahu beli sahaja, tidak tahu apa jenis kos yang termasuk dalam harga barang kemas tersebut. Bagi yang jarang membeli emas pula, perkongsian ini sangat penting untuk anda ambil perhatian dalam membuat pembelian barang kemas untuk elakkan ditipu.

Berikut adalah tips-tips penting dan cara kiraan dalam membeli barang kemas yang perlu anda tahu.

TIPS BELI BARANG KEMAS

1. Tanya Harga Segram Emas

Tips Beli dan Kira Harga Barang Kemas Yang Ramai Tak Tahu

Perkara pertama yang perlu pengguna tahu dalam memasuki kedai emas adalah harga segram emas di kedai tersebut. Ada kedai yang menawarkan harga yang lebih mahal, namun selalunya perbezaan harga di setiap kedai tidak terlalu besar. Kita kena tahu harga segram emas untuk kita kira sendiri harga bersih barang kemas yang kita pilih.

2. Tanya Kos Upah

Tips Beli dan Kira Harga Barang Kemas Yang Ramai Tak Tahu

Setelah tahu harga segram emas, tanya pula kos upah bagi barang kemas yang dipilih. Selalunya upah bergantung kepada barang yang dipilih. Semakin unik, cantik atau susah nak buat, semakin mahal harga upah yang ditetapkan. Harga kos ini juga bergantung kepada penjual setiap kedai.

3. Tahu Cara Kira Harga Barang Kemas

Sebagai pengguna yang bijak, pastikan anda tahu cara sebenar kira harga barang kemas. Formulanya mudah sahaja, iaitu:

  • ( Berat gram barang kemas x harga segram emas) + kos upah = harga barang kemas

Tips yang lebih penting yang perlu anda tahu adalah KIRA HARGA BERSIH SEGRAM dengan formula berikut:

  • Total harga barang kemas / berat emas dalam gram

Tips Beli dan Kira Harga Barang Kemas Yang Ramai Tak Tahu

CONTOH KIRAAN SEGRAM EMAS

Jika anda masih belum jelas dengan formula yang diberikan, anda boleh lihat cara kiraan dalam contoh situasi yang berikan ini:

KEDAI A

Harga Emas: RM249/g *belum masuk upah
Cincin: 7.44g *Kos upah RM237
Harga Emas = (7.44g x RM239) + RM237 = RM2,089 (harga cincin)

Untuk kira harga bersih segram
RM2,089 / 7.44g = RM280 segram 

KEDAI B

Harga Emas: RM275/g *sudah termasuk upah
Berat cincin: 7.44g

Harga cincin = 7.44g x RM275 = RM2,046

Harga emas segram di kedai B sudah termasuk upah, sebab itulah kos upah sudah tidak perlu ditambah lagi. Jika nak dibandingkan harga kedua-dua kedai ini bagi cincin dengan berat yang sama, KEDAI B menawarkan harga yang lebih murah.

Jika nak dibandingkan memanglah nampak macam harga segram kedai A lebih murah, tetapi kos upahnya yang membuatkan barang tersebut menjadi mahal. Jika anda nak bandingkan harga di kedai emas, ini lah caranya. Bukan hanya bandingkan harga segram semata-mata.

Jangan tertipu dengan harga segram yang nampak murah, tetapi kos upah pula yang mahal. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita-wanita di luar sana untuk membuat pembelian barang kemas dengan bijak!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.