Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 STAM Di Sekolah Berasrama Penuh KISAS Dibuka

Permohonan kemasukan tingkatan 6 ambilan tahun 2022 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) kini telah dibuka. Permohonan dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 2 April 2022.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) mempelawa calon lepasan SPM 2021 yang telah mendapat keputusan dan berminat untuk memohon kemasukan Tingkatan di sekolah tersebut bagi ambilan STAM tahun 2022.

Semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan di sini.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi kemasukan Tingkatan 6 STAM di KISAS  boleh dibuat pada:

  • 18 Mac sehingga 2 April 2022

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan ke Tingkatan 6 (STAM) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS):

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan percubaan SPM (Sekiranya tiada gunakan peperiksaan pertengahan tahun)
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya C
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab sekurang-kurangnya C
  • Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamuah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Sin/ Al Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah
  • Memperoleh agregat tidak melebihi 14 mata untuk 3 mata pelajaran terbaik
  • Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam STAM di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui emel

CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan Tingkatan 6 STAM di KISAS boleh dibuat sehingga 2 April 2022 secara atas talian melalui borang permohonan yang disediakan.

Calon mestilalah sahkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi dengan mengisi borang syarat kemasukan di pautan berikut:

Seletah lengkap isi borang pengesahan syarat, anda diminta untuk isi borang permohonan di pautan berikut:

TARIKH PENTING

Berikut adalah tarikh penting panggilan dan pendaftaran yang calon perlu ambil perhatian:

  • Permohonan: 18 Mac – 2 April 2022
  • Surat Panggilan: 7 April 2022
  • Ujian/ Saringan: 10 April 2022
  • Semakan tawaran (emel): 18 April 2022
  • Pendaftaran: 25 April 2022

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300 atau Bahagian Pengurusan Asrama penuh di talian 03-83217400 atau Kolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau emailkan kepada bra001@moe.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma