Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 STAM Di Sekolah Berasrama Penuh KISAS Dibuka

Permohonan kemasukan tingkatan 6 ambilan tahun 2023 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) kini telah dibuka. Permohonan dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 24 Februari 2023.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) mempelawa calon lepasan SPM 2022 yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kemasukan Tingkatan di sekolah tersebut bagi ambilan STAM tahun 2023.

Semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan di perkongsian bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi kemasukan Tingkatan 6 STAM di KISAS tahun 2023  boleh dibuat pada:

  • 16 Januari 2023 hingga 24 Februari 2023

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan ke Tingkatan 6 (STAM) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS):

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan
  • Calon SPM tahun 2022
  • Sihat tubuh badan
  • Membuat permohonan secara dalam talian sahaja

Pencapaian Akademik:

  • Mencapai keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA atau SMTQ atau SMU atau
  • Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran elektfi Agama atau
  • Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Kurikulum Dini
  • Mencapai keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Lulus dalam temuduga khas

CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan Tingkatan 6 STAM di KISAS boleh dibuat sehingga 24 Februari 2023 secara atas talian melalui borang permohonan yang disediakan.

Calon mestilalah sahkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi dengan mengisi borang syarat kemasukan di pautan berikut:

Seletah lengkap isi borang pengesahan syarat, anda diminta untuk isi borang permohonan di pautan berikut:

TARIKH PENTING

Berikut adalah tarikh penting panggilan dan pendaftaran yang calon perlu ambil perhatian:

  • Permohonan: 16 Januari 2023 hingga 24 Februari 2023
  • Surat Panggilan: 13 Mac 2023
  • Ujian/ Saringan: 22 & 23 Mac 2023
  • Semakan tawaran (emel): 3 April 2023
  • Pendaftaran: 10 April 2023

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300 atau Bahagian Pengurusan Asrama penuh di talian 03-83217400 atau Kolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau emailkan kepada bra001@moe.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma