Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh KISAS & SM Agama Persekutuan Labu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh tahun 2022 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan SMA Persekutuan Labu buat lepasan SPM yang berminat.
Permohonan bagi calon yang berminat boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan disediakan sehingga 30 Jun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke tingkatan 6 SBP dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SEKOLAH TINGKATAN 6 SBP PILIHAN
Antara sekolah Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh pilihan yang ada adalah:
- Kolej Islam Sultan Shah Alam (KISAS)
- SMA Persekutuan Labu
Kolej Islam Sultan Shah Alam (KISAS)
Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College). KISAS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1). KISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Sehingga kini, KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat. Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu.
SMA Persekutuan Labu
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh. Sekolah yang mula beroperasi pada 1982 ini terletak di Kilometer 11, Jalan Labu, Labu, Negeri Sembilan.
SMAP Labu merupakan sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2). SMAP Labu memiliki 315 orang pelajar lelaki dan 358 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang di samping mempunyai 81 orang guru (statistik 2009).
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh adalah dibuka sehingga:
- Tarikh tutup: 30 Jun 2022
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya gred C.
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab sekurang-kurangnya gred C.
- Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik.
- Umur calon tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk sambung belajar ke Tingkatan 6 SBP di sekolah pilihan dinyatakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:
Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu akan dihantar kepada calon yang berjaya melalui email yang diberikan.
Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan dan dihantar ke email pengarah.bpsbp@moe.gov.my bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022.