Tawaran Biasiswa PETRONAS 2021 Untuk Pengajian Di Dalam & Luar Negara Dibuka

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah menaja lebih daripada 37,000 pelajar yang layak melalui pelbagai jenis penajaan terutamanya melalui tawaran biasiswa PETRONAS. Tajaan ini terus dilaksanakan oleh pihak PETRONAS untuk memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan negara.

Mulai 10 Jun 2021, biasiswa PETRONAS tahun 2021 telah dibuka kepada lepasan SPM untuk pengajian pra universiti, calon pelajar Ijazah di UTP dan universiti luar negara. Calon pelajar yang berminat dan layak kini dipelawa untuk memohon tajaan biasiswa PETRONAS.

Info lengkap permohonan biasiswa PETRONAS adalah seperti di bawah.

PERMOHONAN BIASISWA PETRONAS 2021

Berita baik buat pelajar lepasan SPM, pra universiti dan pelajar degree yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, PETRONAS mempelawa mereka yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan biasiswa PETRONAS di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).   

PermohonanProgram Penajaan Pendidikan PTRONAS  bagi tahun 2021 kini dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 10 Jun sehingga 20 Jun 2021

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:

  • Berumur 17 – 19 tahun pada tahun 2021
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Tidak terikat atau menerima mana-mana biasiswa daripada organisasi lain
  • Minimum 8A- dalam SPM 2019, dengan minimum A- untuk subjek Chemistry, Physics, Mathematics

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK

Permohonan dibuka kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang berikut:

  • Chemical Engineering
  • Electrical and Electronic Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Petroleum Engineering
  • Geoscience (Geology/ Geophysics)
  • Applied Chemistry
  • Biochemistry
  • Environmental Science
  • Actuarial Science
  • Computer Science
  • Statistic
  • Mathematics
  • Accounting
  • Economics
  • Law
  • Psychology
  • Sociology
  • Business Administration (Marketing)

Biasiswa Petronas 2021

CARA MEMOHON BIASISWA PETRONAS

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Portal Biasiswa Pendidikan PETRONAS
  • Bagi permohonan tajaan untuk bidang pengajian di UTP, pemohon wajib menghantar permohonan kemasukan ke UTP melalui Universiti Teknologi PETRONAS
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi penilaian
  • Hantar permohonan anda pada atau sebelum 20 Jun 2021

Untuk bantuan mengenai permohonan, sila hubungi meja bantuan pihak PETRONAS di 03-233 2277 (Hari bekerja : 9.00 pagi – 5.00 petang, Hari minggu : 9.00 pagi – 3.00 petang)

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma