Sebelum Terima Tawaran Kerja, Siasat Dulu 3 Perkara Tentang Syarikat Ini

Ternyata masih ramai yang tak ambil peduli tentang banyak perkara penting sebelum terima tawaran kerja dari mana-mana syarikat. Sebab itulah ramai yang kerja sekejap tiba-tiba nak berhenti kerja. Jika dapat tawaran kerja, pastikan anda siasat dahulu beberapa perkara penting sebelum buat keputusan untuk terima tawaran tersebut.

Jangan terlalu teruja dapat kerja sehingga tidak tahu langsung berkenaan syarikat tersebut dan kemudian di kemudian hari! Tak perlu buat siasatan terperinci pun, semasa temuduga pun anda boleh tanyakan beberapa soalan berkaitan syarikat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa perkara penting tentang syarikat yang anda perlu tahu sebelum buat keputusan terima tawaran kerja.

SIASAT 3 PERKARA INI SEBELUM TERIMA TAWARAN KERJA

Latar Belakang Syarikat & Review

Sebelum anda terima tawaran kerja, pastikan anda “study” betul-betul dulu tentang latar belakang syarikat dan tengok review di Google. Jika dalam masa terdekat terlalu ramai yang berhenti kerja dari syarikat tersebut, pasti ada yang tak kena!

Ataupun masa temuduga anda boleh juga tanya HR tentang turnover di syarikat tersebut.

Contohnya:

  • How long was the last person in this role?
  • Do you see any organizational changes that might affect this position?

Perhatikan Budaya Bekerja Di Syarikat Tersebut

“Working culture” ni penting tau kerana anda nak bekerja lama, bulan sebulan! Pastikan anda perhati dahulu budaya bekerja di syarikat tersebut. Pemerhatian ini boleh dibuat ketika anda pergi temuduga atau boleh terus tanya HR juga tiada masalah.

Jika pengurusan teruk pun boleh menyebabkan ramai yang berhenti kerja. Jadi jika awal-awal lagi dan macam tak sesuai, tak salah pun nak tolak tawaran tersebut.

Tanya Tentang Career Path

Jangan lupa tanya pasal career path semasa temuduga ataupun sebelum anda terima tawaran kerja tersebut. Setiap orang pasti nak pengembangan kerjaya kan? Bila ada kemajuan dan kerjaya, anda pun ada banyak kemahiran dan pengalaman yang boleh dimasukkan dalam resume nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma