TGV Cinemas Tawarkan Tiket Wayang Percuma Kepada Semua Frontliner
Setelah berbulan berjuang dalam menghapuskan wabak COVID-19, negara kita kini hampir bebas daripada wabak tersebut. Sekarang hanya tinggal 1 angka sahaja kes direkodkan hari demi hari.
Pencapaian yang Malaysia capai sehingga hari ini tidak mungkin berlaku tanpa pertolongan dan jasa barisan hadapan/ frontliners yang bekerja keras dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.
Isi Kandungan
TGV TAWARKAN TIKET PERCUMA BUAT FRONTLINERS
Sebagai satu tanda penghargaan, TGV Cinemas menawarkan tiket wayang percuma kepada semua barisan hadapan penguatkuasaan perubatan dan undang-undang yang telah bekerja tanpa henti ketika waktu yang belum pernah berlaku ini.
Pihak TGV menjemput semua frontliner menikmati percutian yang berbaloi dengan filem PERCUMA mulai 9 Julai hingga 15 Julai 2020.
TERMA DAN SYARAT
Antara terma dan syarat untuk dapatkan tiket percuma adalah:
- Tawaran adalah sah pada 9 Julai hingga 15 Julai 2020 sahaja.
- Tawaran terbuka kepada barisan hadapan dalam penguatkuasaan kesihatan dan undang-undang ( doktor, jururawat, tentera, polis)
- Setiap seorang hanya satu penebusan tiket boleh dibuat
- Penebusan tiket percuma boleh di buat di kaunter TGV terpilih
- Tawaran hanya boleh ditebus untuk Classic Halls sahaja
- Tawaran adalah berdasarkan filem dan tempat duduk yang ada
SENARAI TGV UNTUK TEBUS TIKET PERCUMA
Berikut adalah senarai TGV Cinemas terpilih untuk membuat penebusan tiket percuma:
- Dpulze
- Permaisuri Imperial City Mall Miri
- Setiawalk
- Sunway Putra
- Sunway Pyramid
- Sunway Velocity
- Vivacity Megamall
- Wangsa Walk
CARA TEBUS TIKET PERCUMA
Untuk menebus tiket percuma daripada TGV, ikut langkah berikut:
- Bawa ID kerja anda ke kaunter tiket TGV terpilih
- Staff TGV akan rekod maklumat anda
- Anda boleh pilih jenis filem dan tempat duduk yang anda mahu
Jasa dan kerja keras para barisan hadapan pastinya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Semoga semua rakyat Malaysia terus membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan rangkaian wabak COVID-19 terus terputus.