Cara Paling Mudah Terminate Langganan Astro Tanpa Call Atau Pergi Ke Kaunter

Buat anda yang memutuskan untuk berhenti menggunakan Astro, terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk hentikan langganan Astro iaitu secara online, panggilan telefon atau terus ke Customer Service Centre. Namun penutupan melalui panggilan telefon akan dikenakan caj kredit panggilan manakala ke Customer Service Centre akan memakan masa anda

Jangan risau, ada cara paling mudah untuk anda terminate akaun anda, buat di rumah sahaja! Kaedah ini percuma sahaja tanpa perlu keluar rumah atau buat sebarang panggilan. Astro ini senang sahaja nak pasang, tetapi ramai yang beranggapan bahawa susah untuk batalkan langganannya. Paling pening pula bila dan batalkan langganan Astro, tiba-tiba masih juga terima bil minta bayaran bulanan.

Tak perlu risau lagi, anda boleh batalkan akaun Astro anda kini dengan mudah melalui mesej sahaja. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui langkah-langkah yang perlu anda buat.

CARA TERMINATE ASTRO MELALUI MESEJ

Berikut adalah panduan paling mudah untuk anda terminate akaun Astro melalui mesej di Facebook:

  1. Pergi ke laman Facebook rasmi Astro di https://www.facebook.com/Astro/
  2. Klik Message di laman Facebook Astro untuk mulakan perbualan
  3. Maklumkan bahawa anda ingin terminate akaun Astro dan sertakan bersama nama dan nombor akaun astro anda.
  4. Pihak Astro akan memaklumkan tempoh penutupan akaun dan maklumat yang perlu disertakan untuk tujuan pengesahan.
  5. Berikan semua maklumat yang diminta
  6. Pihak Astro akan memberi makluman tarikh penjadualan penutupan akaun anda.

Siap! Mudah kan? Setelah selesai, anda hanya perlu akaun Astro anda ditutup sahaja. Selepas akaun anda ditutup, anda tidak dapat lagi menggunakan akaun Astro seperti biasa dan pihak Astro tidak akan hubungi anda lagi untuk tawaran pakej. Dah tak perlu susah-susah ke kaunter atau call customer service lagi. Buat di rumah sahaja!

Sebelum menutup akaun Astro anda, fahamkan dulu kontrak yang telah anda terima semasa setuju pasang perkhidmatan Astro ini untuk elakkan caj tambahan dikenakan saat menutup akaun. Untuk makluman anda, tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk penamatan akaun Astro melainkan akaun anda masih terikat dengan kontrak.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma