Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan • Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan •

Cara Mohon Jawatan Tenaga Pengajar & Pegawai Tadbir Di Yayasan Felda Dengan SKM/ Diploma/ Ijazah

Oleh Cikgu Shaari • April 4, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Tenaga Pengajar & Pegawai Tadbir Di Yayasan Felda Dengan SKM/ Diploma/ Ijazah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Felda adalah sebuah pertubuhan yang melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sosial dan kebudayaan warisan budaya negara. Kini, Yayasan Felda membuka peluang warganegara Malaysia mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Lepasan SPM dan graduan lulusan Diploma/ Ijazah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman berkaitan boleh mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Yayasan Felda
  • Nama Jawatan: Pelbagai jawatan
  • Kelayakan: SKM/ Diploma? Ijazah Sarjana Muda
  • Tarikh tutup permohonan: 15 April 2022

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  • Ijazah Sarjana Muda
    i) Pegawai Tadbir
    ii) Pensyarah Bahasa Inggeris
  • Diploma/ Diploma Kemahiran Malaysia
    i) Penolong Pegawai tadbir
    ii) Tenaga Pengajar/ Pegawai Penilai (mempunyai sijil VTO)
    – Kursus Pembuatan Pastri
  • Sijil Kemahiran Malaysia
    i) Pendidik (Taska)- Mempunyai Sijil Kursus Asuhan PERMATA

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Mempunyai Sijil Pengajar Vokasional (VTO) melalui pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  • Boleh berkomunikasi dan mengajar dengan baik.
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar kursus kemahiran

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 15 April 2022. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar RESUME ke alamat email berikut:

  • yayasan@felda.net.my
    ATAU
  • Yayasan Felda
    Blok J, Anjung Felda Jalan Maktab,
    54000 Kuala Lumpur

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.