Tawaran Sebagai Tenaga Pengajar Bagi Kursus Anjuran NIOSH
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria dibawah adalah dipelawa untuk memohon menjadi tenaga pengajar bagi kursus-kursus anjuran NIOSH. Inisiatif ini adalah usaha bagi meramaikan lagi orang yang kompeten dan orang yang terlatih di dalam pelbagai disiplin Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
Bagi pemohon yang belum mempunyai sijil Train The Trainer atau belum berdaftar sebagai Tenaga Pengajar Berdaftar dengan HRD Corp dan belum hadir serta lulus Passport Keselamatan juga boleh memohon. Pihak NIOSH akan memberikan latihan tersebut mengikut terma dan syarat yang akan ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan tawaran tenaga pengajar.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran permohonan adalah terbuka kepada orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP); atau
Mempunyai diploma dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman mengajar kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
DAN - Menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus penilaian OSH Train the Trainer Competency Based Program (TTT) anjuran NIOSH atau program setara di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh HRD Corporation (HRD Corp)
DAN - Mendaftar sebagai Tenaga Pengajar (Registered Trainer) atau Tenaga Pengajar Bertauliah (Acredited Trainer) dengan pihak HRD Corp
DAN - Menghadiri dan lulus kursus Pasport Keselamatan yang dijalankan di NIOSH
DAN - Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris dengan baik
CARA MOHON
Bagi warganegara Malaysia yang berminat untuk jadi tenaga pengajar dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui email. Permohonan beserta dokumen boleh dihantar melalui emel ke:
- niosh.trainers@gmail.com
Bagi pemohon yang belum mempunyai sijil Train The Trainer atau belum berdaftar sebagai Tenaga Pengajar Berdaftar dengan HRD Corp dan belum hadir serta lulus Passport Keselamatan juga boleh memohon. Pihak NIOSH akan memberikan latihan tersebut mengikut terma dan syarat yang akan ditetapkan.