Cara Buat Temujanji Online ASNB Untuk Urusan Di Kaunter Cawangan Setiap Negeri

Anda nak berurusan di kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)? Untuk urusan yang lebih lancar dan cepat, orang ramai dinasihatkan untuk buat temujanji secara online terlebih dahulu. Pastikan anda buat janji temu sekurang-kurangnya 1 hari sebelum sehingga 14 hari lebih awal dari tarikh urusan.

Temujanji online ASNB boleh dibuat bagi pelbagai urusan di kaunter. Kemudahan ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di kaunter cawangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat permohonan temujanji online ASNB.

WAKTU URUS NIAGA ASNB

Cawangan ASNB bagi setiap cawangan beroperasi seperti berikut:

  • Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak (Kecuali Kelantan & Terengganu)
    – Isnin hingga Jumaat
    – 8.15 pagi hingga 4.00 petang
  • Kelantan & Terengganu
    – Ahad hingga Khamis
    – 8.15 hingga 4.00 petang
  • Cuti Umum
    – Tutup

Waktu urus niaga cawangan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti berikut:

  • Semua Cawangan ASNB
    – 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

*Tertakluk kepada pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk negeri dan daerah yang terlibat.

PERKHIDMATAN ASNB

Temujanji online boleh dibuat untuk urusan di cawangan ASNB bagi urusan berikut:

  • Hibah Amanah/ Pengisytiharan Amanah
  • Pendaftaran Akaun
  • Bantuan Khairat
  • Tuntutan Baki Pelaburan (Kematian)
  • Pengesahan Baki Pelaburan (Urusan Visa & Tender)
  • Akaun bermasalah

Rujuk: MyASNB: Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE ASNB

Berikut adalah panduan buat temujanji online ASNB bagi setiap cawangan negeri:

  1. Pergi ke laman https://www.asnb.com.my/
  2. Klik pada cawangan negeri anda
  3. Klik Janji Temu

  4. Klik jenis urusan yang anda ingin buat
  5. Pilih tarikh dan masa temujanji anda
  6. Masukkan nama, emel dan no. telefon.
  7. Masukkan no. kad pengenalan dan klik Book
  8. Anda akan terima Emel Pengesahan Janji Temu

Siap! Anda diminta untuk hadir ke cawangan kaunter ASNB pilih pada tarikh dan masa yang dipilih. Patuhi SOP semasa hadir ke kaunter.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma