Cara Buat Temujanji JPN Untuk Daftar Kelahiran Anak, Kematian dan Buat IC Baru

Bagi membolehkan pelanggan menyelesaikan urusan dokumen diri yang tertangguh sepanjang perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menjalankan operasi di semua pejabatnya di seluruh negara secara temujanji.

Operasi pejabat sejak hari pertama kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu adalah dikecualikan di cawangan Pusat Transformasi (UTC) dan pejabat JPN di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang ditutup.

JPN telah menetapkan semua urusan yang dilakukan termasuk pendaftaran kelahiran bayi, pendaftaran kematian dan pendaftaran kad pengenalan adalah dilakukan secara termujanji bermula 4 Mei lalu. Operasi kaunter adalah setiap hari bekerja mula 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Berikut adalah perkongsian lanjut mengenai cara buat temujanji JPN untuk daftar kelahiran anak, kematian dan buat kad pengenalan baru serta langkah kawalan yang ditetapkan ketika berurusan.

CARA BUAT TEMUJANJI JPN

Sebelum ini pelanggan yang ingin berurusan perlu membuat temujanji dengan menghubungi talian Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di seluruh negara. Namun kini pelanggan boleh buat temujanji dengan JPN secara atas talian(online) dengan cara yang mudah.

Untuk membuat temujanji secara online, anda hanya perlu isi permohonan temujanji sepanjang tempoh PKP di pautan yang disediakan di bawah.

permohonan temujanji jpn

Cara Buat Temujanji JPN Untuk Daftar Kelahiran Anak, Kematian dan Buat IC Baru

TIDAK PERLU TERGESA-GESA DAFTAR KELAHIRAN

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pendaftaran kelahiran boleh dibuat dalam tempoh 90 hari selepas PKP ditamatkan dan tiada denda dikenakan masih berkuatkuasa. Jadi orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk mendaftar kelahiran.

Cara Buat Temujanji JPN Untuk Daftar Kelahiran Anak, Kematian dan Buat IC Baru

LANGKAH KAWALAN DALAM BERURUSAN DI KAUNTER JPN

Memandangkan semua pejabat JPN sudah mula beroperasi, pihaknya menetapkan prosedur standard (SOP) ketat semasa pengoperasiannya dalam tempoh PKPB ini.

Berikut adalah beberapa langkah kawalan yang akan diambil terhadap pelanggan yang menghadiri pejabat JPN untuk berurusan:

  • Mencatatkan maklumat pelanggan yang hadir,
  • Mengambil bacaan suhu badan,
  • Menjaga penjarakan sosial pelanggan
  • Penggunaan cecair pembasmi kuman kepada setiap pelanggan dan pekerja
  • Melaksanakan sanitasi peralatan kaunter dari semasa ke semasa

HANYA SEORANG DIBENARKAN HADIR BAGI SETIAP URUSAN

Pemohon yang sudah mendapatkan temujanji hanya dibenarkan hadir seorang sahaja berurusan dan mematuhi masa ditetapkan bagi memastikan kehadiran pelanggan di pejabat pada satu-satu masa dapat dikawal dan penjarakan sosial dapat dipatuhi.

Cara Buat Temujanji JPN Untuk Daftar Kelahiran Anak, Kematian dan Buat IC Baru

Berhubung urusan seperti permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun atau upacara perkahwinan yang memerlukan kehadiran lebih daripada seorang, pemohon akan dinasihatkan hadir dengan jumlah sangat minimum dan hanya yang berkepentingan sahaja hadir.

Perkhidmatan secara temujanji diambil bagi memastikan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan sosial. Orang ramai yang tidak membuat temujanji dinasihatkan tidak hadir terus ke pejabat JPN kerana tiada jaminan perkhidmatan dapat diberikan kerana tertakluk kepada kekosongan slot temujanji.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma