Daftar & Sertai Program Temuduga Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Buat Lepasan SPM

Anda graduan atau lepasan SPM yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh isi borang pendaftaran secara online dan sertai temuduga tertutup pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Jawatan: Personel MySTEP (PMS)
  • Penempatan: Seluruh Perak
  • Tarikh tutup permohonan: 15 Februari 2022 (Selasa)

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM
  • Boleh bekerja di negeri Perak

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum atau pada 15 Februari 2022. Permohonan bagi menyertai temuduga tertutup boleh dibuat melalui pautan berikut:

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga oleh pihak majikan. Pastikan anda lengkapkan maklumat permohonan anda seperti yang tertera dalam borang. Sila pastikan segala maklumat tersebut lengkap dan tepat.

Maklumat lanjut sila hubungi/ whatsapp Cik Priya di talian 019 279 1780.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma