Temuduga Terbuka Prasarana Buat Graduan Dengan Kelayakan Minima Diploma

Prasarana Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Prasarana merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Prasarana kini membuka peluang beberapa jawatan untuk diisi orang orang ramai!
Anda berminat nak bina kerjaya bersama Prasarana? Prasarana akan mengadakan temuduga terbuka tidak lama lagi dengan menawarkan jawatan Juruteknik dan Pegawai Stesen buat warganegara Malaysia. Dengan kelayakan minima Diploma anda layak untuk mohon jawatan ditawarkan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga terbuka jawatan ditawarkan dan panduan ikuti temuduga.
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN
Antara jawatan yang ditawarkan melalui temuduga terbuka oleh Prasarana ini adalah:
- Technician
- Station Officer
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat permohonan berikut:
Technician
- Minima kelayakan Diploma dalam Engineering of Mechanical/ Mechatronic/ Civil/ Electronic/ Electrical/ Power (sijil pengiktirafan AO/ A1/ A4 adalah satu kelebihan)
- ATAU Diploma Vokasional dalam bidang berkaitan
- Biasa dengan peraturan kejuruteraan am (general engineering regulation) dan prosedur keselamatan (safety procedure)
- Biasa dengan standard keselamatan Electrical Act & DOSH
- Berpengalaman dalam menguji dan penyelenggaraan barangan elektrik dan jentera
Station Officer
- Minima kelayakan Diploma dalam pelbagai bidang
- Berumur 21 hingga 30 tahun
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
- Mempunyai sikap yang mesra dan menarik
- Ada kemahiran yang baik dalam perkhidmatan pelanggan
- Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
- Sanggup bekerja ikut shift
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda bawa bersama dokumen-dokumen berikut (ASAL & SALINAN) semasa hadir temuduga:
- Sijil akademik
- Resume terkini
MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA
Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen dinyatakan di atas pada:
- Tarikh: 30 Mac 2022 (Rabu)
- Masa: 10 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma PERKESO Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 2299 1999 atau email hr_recruitment@prasarana.com.my.