Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Temuduga Terbuka Bagi Tawaran Kerja Tetap/Kontrak Di Honda Buat Lepasan Sekolah & Graduan

Oleh Cikgu Shaari • July 4, 2022 • 2 min baca

Temuduga Terbuka Bagi Tawaran Kerja Tetap/Kontrak Di Honda Buat Lepasan Sekolah & Graduan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

HONDA Malaysia Sdn. Bhd kini membuka tawaran temuduga terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk bina kerjaya bersama syarikat ini. Pelbagai faedah menanti calon yang berjaya mendapat penempatan kerja!

Bagi yang berminat, pastikan anda isi borang permohonan pendaftaran secara online di pautan disediakan dan hadir ke lokasi dinyatakan pada masa ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran temuduga terbuka HONDA Malaysia dan panduan buat pendaftaran.

FAEDAH MENARIK DISEDIAKAN

Antara faedah-faedah menarik menanti calon yang berjaya mendapat penempatan kerja adalah:

  • Elaun pengangkutan, Elaun kedatangan, Elaun syif malam
  • Faedah caruman KWSP, SOCSO & Skim insuran Pekerjaan (EIS)
  • Perkhidmatan Dobi percuma (Pakaian seragam sahaja)
  • Makanan dan minuman percuma
  • Cuti tahunan
  • Pakaian seragam disediakan
  • Faedah perubatan (Pesakit luar dan kemasukan wad)
  • Token dan bonus prestasi kerja serta kenaikan gaji tahunan
  • Diskaun pembelian kereta dan motor Honda bagi yang telah disahkan jawatan

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan adalah dipelawa untuk sertai temuduga terbuka ini:

  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • PMR/ SPM/ SKM/ Sijil yang setaraf dengannya
  • Tidak rabun warna
  • Boleh membaca menulis dan mengira
  • Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik

MAKLUMAT TEMUDUGA

  • Lokasi: Honda Malaysia Sdn. Bhd. Hicom Pegoh Industrial Park, 78000 Alor Gajah Melaka
  • Hari: Setiap hari Selasa dan Rabu
  • Masa: 10.30 pagi hingga 4 petang

Sekiranya anda berminat untuk sertai temuduga terbuka bagi jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat pendaftaran permohonan pekerjaan/ temuduga (jawatan tetap & kontrak) di pautan berikut:

BORANG PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN HONDA

Untuk makluman anda, kontrak ini menawarkan tempoh selama 6 bulan + 6 bulan, dan peluang untuk menjadi pekerja tetap sekiranya mempunyai kekosongan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan temuduga terbuka HONDA Malaysia, anda boleh berhubung dengan Encik Faizal di talian 019 625 7913.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.