Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Mohon 500 Kekosongan Jawatan Di Temuduga Terbuka Online Top Glove

Oleh Cikgu Shaari • August 24, 2021 • 2 min baca

Mohon 500 Kekosongan Jawatan Di Temuduga Terbuka Online Top Glove
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sekiranya anda atau kenalan anda sedang mencari pekerjaan, anda dijemput untuk menghadiri temuduga secara maya dengan syarikat Top Glove. Sebanyak 500 kekosongan menanti anda dengan pelbagai manfaat kerja yang akan anda nikmati.

Temuduga adalah secara atas talian melalui panggilan telefon atau WhatsApp Video Call. Jika berminat, anda diminta untuk buat pra-pendaftaran terlebih dahulu untuk sahkan kehadiran anda pada hari temuduga nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan kosong ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran.

MAKLUMAT TEMUDUGA

  • Nama Majikan: Top Glove
  • Nama Jawatan: Operator Pengeluaran/Pembantu Teknikal
  • Lokasi Kekosongan: Meru, Klang
  • Jumlah Kekosongan: 500
  • Tarikh: 11 September 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Medium temuduga: Panggilan telefon/ WhatsApp Call/ WhatsApp Video Call

SYARAT BEKERJA

Antara syarat bekerja adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur minima 18 tahun
  • Mampu bekerja 6 hari seminggu, syif 8 jam sehari

MANFAAT KERJA & GAJI DITAWARKAN

Berikut adalah antara manfaat bekerja di Top Glove:

  • Gaji ditawarkan:
    – Ijazah/ Sarjana: RM2,000
    – Diploma/ Sijil TVET: RM1,800
  • Elaun
    – Elaun sijil: RM100
    – Elaun pengangkutan: RM120
    – Elaun Syif Malam: RM6/malam
  • Pelarasan gaji setelah mendapat pengesahan
  • Bonus dan kenaikan gaji tahunan
  • Kerja lebih masa
  • Bas pekerja disediakan
  • Asrama disediakan, sewa RM50 sebulan
  • Makanan bersubsidi oleh syarikat

CARA DAFTAR

Lepasan TVET yang berminat dengan kerja kosong yang ditawarkan dan ingin ikut temuduga secara maya boleh buat pendaftaran sekarang dengan mengisi borang online yang disediakan. Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kehadiran untuk calon yang akan menghadiri temuduga terbuka.

Isi borang pra-pendaftaran di bawah:

borang pra pendaftaran temuduga online top glove

Borang pra-pendaftaran ini akan ditutup pada 10 September 2021. Orang ramai diminta untuk isi segera jika berminat.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En. Akram di talian 016 271 6329.

Mohon 500 Kekosongan Jawatan Di Temuduga Terbuka Online Top Glove Buat Lepasan TVET 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.