Mohon 500 Kekosongan Jawatan Di Temuduga Terbuka Online Top Glove
Sekiranya anda atau kenalan anda sedang mencari pekerjaan, anda dijemput untuk menghadiri temuduga secara maya dengan syarikat Top Glove. Sebanyak 500 kekosongan menanti anda dengan pelbagai manfaat kerja yang akan anda nikmati.
Temuduga adalah secara atas talian melalui panggilan telefon atau WhatsApp Video Call. Jika berminat, anda diminta untuk buat pra-pendaftaran terlebih dahulu untuk sahkan kehadiran anda pada hari temuduga nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan kosong ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Nama Majikan: Top Glove
- Nama Jawatan: Operator Pengeluaran/Pembantu Teknikal
- Lokasi Kekosongan: Meru, Klang
- Jumlah Kekosongan: 500
- Tarikh: 11 September 2021
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
- Medium temuduga: Panggilan telefon/ WhatsApp Call/ WhatsApp Video Call
SYARAT BEKERJA
Antara syarat bekerja adalah:
- Warganegara Malaysia
- Umur minima 18 tahun
- Mampu bekerja 6 hari seminggu, syif 8 jam sehari
MANFAAT KERJA & GAJI DITAWARKAN
Berikut adalah antara manfaat bekerja di Top Glove:
- Gaji ditawarkan:
– Ijazah/ Sarjana: RM2,000
– Diploma/ Sijil TVET: RM1,800 - Elaun
– Elaun sijil: RM100
– Elaun pengangkutan: RM120
– Elaun Syif Malam: RM6/malam - Pelarasan gaji setelah mendapat pengesahan
- Bonus dan kenaikan gaji tahunan
- Kerja lebih masa
- Bas pekerja disediakan
- Asrama disediakan, sewa RM50 sebulan
- Makanan bersubsidi oleh syarikat
CARA DAFTAR
Lepasan TVET yang berminat dengan kerja kosong yang ditawarkan dan ingin ikut temuduga secara maya boleh buat pendaftaran sekarang dengan mengisi borang online yang disediakan. Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kehadiran untuk calon yang akan menghadiri temuduga terbuka.
Isi borang pra-pendaftaran di bawah:
borang pra pendaftaran temuduga online top glove
Borang pra-pendaftaran ini akan ditutup pada 10 September 2021. Orang ramai diminta untuk isi segera jika berminat.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En. Akram di talian 016 271 6329.