Daftar Temuduga Online Sektor Kewangan Terbuka Buat Lepasan SPM & Graduan, Terima RM700 Jika Sertai 

Panggilan buat para pencari kerja yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam Sektor Kewangan! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pejabat Perkeso Putrajaya akan mengadakan temuduga khas Sektor Kewangan bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.

Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga khas ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum 21 Mac 2022. Temuduga tertutup secara online akan dilaksanakan pada 30 Mac 2022 untuk calon yang berjaya melepasi tapisan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Temuduga Tertutup Khas Sektor Kewangan
  • Anjuran: Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Perkeso Putrajaya
  • Tarikh Temuduga: 30 Mac 2022
  • Masa: 9 pagi hingga 3 petang
  • Medium: Atas talian, Aplikasi CISCO WEBEX
  • Tarikh tutup pendaftaran: 21 Mac 2022

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:

ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan

CARA DAFTAR

Pencari kerja yang berminat untuk sertai Temuduga tertutup secara online dalam Sektor Kewangan tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum sertai temuduga. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut

Borang pendaftaran ini adalah pra-pendaftaran calon bagi yang berminat menyertai temuduga tertutup khas Sektor Kewangan pada 30 Mac 2022 nanti. Untuk makluman, profil setiap calon akan DISARING terlebih dahulu oleh pihak majikan dan hanya calon yang LAYAK SAHAJA akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Syaqirah di talian 019 607 8905 atau Cik Aishah di talian 019 609 6544.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma