Daftar Temuduga Khas Terbuka Industri Perhotelan, Terima Elaun Mencari Kerja RM700
Panggilan buat para pencari kerja yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam industri perhotelan! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Ibu Pejabat Perkeso SIP Putrajaya akan mengadakan temuduga khas industri perhotelan bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.
Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga khas ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum 22 Februari 2022. Temuduga secara terbuka akan dilaksanakan pada 22 Februari 2022 bagi di lokasi yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Temuduga Khas Terbuka Industri Perhotelan Malaysia
- Anjuran: Ibu Pejabat Perkeso SIP Putrajaya
- Tarikh: 22 Februari 2022 (Selasa)
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Tingkat 18, Dewan Kenanga, Wisma PERKESO Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak
SENARAI MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:
- GRAND HYATT KUALA LUMPUR
- HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
- SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
- DANAU PERMAI RESORT BERHAD
- ASCOTT INTERNATIONAL MANAGEMENT (M) SDN BHD
- PARKROYAL COLLECTION & PAN PACIFIC SERVICED SUITES KL
ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan
CARA DAFTAR
Pencari kerja wanita yang berminat untuk sertai karnival kerjaya anjuran PERKESO Putrajaya tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga terbuka. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut
Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri program Temuduga Khas Industri Perhotelan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Zami di talian 019 609 2375 atau En. Kim Nazreen di talian 019 695 7354.
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan: