Temuduga Jom Kerja Bersama PROTON Buat Lepasan PMR, SPM & Setaraf. Terima Elaun Mencari Kerja RM700
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) sedang mencari lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan sekolah untuk hadir temuduga tertutup bagi memohon jawatan Pekerja Pengeluaran. Temuduga akan dilaksanakan melalui program Temuduga Tertutup Jom Kerja anjuran PERKESO WP Kuala Lumpur.
Individu yang berminat untuk bekerja dengan syarikat PROTON boleh hadir ke lokasi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pelbagai manfaat jadi pekerja pengeluaran PROTON yang ditawarkan, Jangan lepaskan peluang ini!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Nama program: Temuduga Tertutup Jom Kerja bersama PROTON
- Anjuran: PERKESO WP Kuala Lumpur
- Nama jawatan: Pekerja Pengeluaran
- Tarikh tutup permohonan: 28 April 2022
- Tempat: Persiaran Kuala Selangor Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
GAJI DITAWARKAN
Gaji ditawarkan kepada pekerja yang berjaya mendapat penempatan adalah:
- RM1458 – RM2000
FAEDAH DAN KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara faedah yang akan diterima oleh pekerja pengeluaran PROTON adalah:
- Kemudahan Asrama dan Bas disediakan
- Elaun syif, Elaun pengangkutan, Elaun Dobi dan Elaun Tambah Jabatan
- Kenaikan Gaji dan Bonus Tahunan
- Bayaran Kerja Lebih Masa
- Kemudahan Perubatan Klinik & Hospital
- Subsidi Kupon Makan
ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan
CARA DAFTAR
Pencari kerja yang berminat untuk sertai Temudua Tertutup Jom Kerja bersama PROTON tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hari temuduga. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut:
Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri temuduga. Calon yang telah disenarai pendek akan dihubungi bagi sesi temuduga.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Nurul di talian 016 320 5241.