Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Keputusan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 21, 2022 • 2 min baca

Semakan Keputusan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Pelajar Cemerlang (PPC) merupakan penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenalpasti.

Calon yang telah buat permohonan secara online melalui laman esilav2.jpa.gov.my sebelum ini dah boleh buat semakan keputusan sepanjang tempoh semakan dibuka. Pelajar yang berjaya diminta untuk log masuk ke Sistem ePenawaran dan hantar dokumen selewat-lewatnya 20 Mei 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan keputusan Program Pelajar Cemerlang (PPC).

TARIKH SEMAKAN

Semakan keputusan bagi Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 20 April 2022 (Rabu) 3.30 petang sehingga 27 April 2022 (Rabu) 11.59 malam

Pelajar yang berjaya dipohon untuk terus log masuk ke Sistem ePenawaran bagi tujuan terima/ tolak tawaran dalam tempoh berkenaan.

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan keputusan boleh dibuat sepanjang tempoh ditetapkan dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman https://esilav2.jpa.gov.my/
  2. Klik ada “klik sini untuk semakan keputusan” di bawah Keputusan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022
  3. Log masuk di laman semakan keputusan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  4. Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan.
  5. Keputusan permohonan akan dipaparkan.

Berikut adalah panduan kepada bagi pelajar yang berjaya mendapat tawaran Program Pelajar Cemerlang:

  • Pelajar dipohon untuk menghantar dokumen seperti senarai semak (rujuk dalam Sistem ePENAWARAN) selewat-lewatnya pada 20 Mei 2022. Sila ikuti semua panduan dan patuhi tempoh akhir seperti yang dinyatakan.

Penyelesaian Dokumen Perjanjian (ePROMISE):

  • Pelajar yang berjaya dipohon untuk menyemak pengumuman terkini di portal ini selepas 20 Mei 2022 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian dokumen perjanjian (ePROMISE).

Untuk maklumat lanjut berhubung tawaran Program Pelajar Cemerlang, anda boleh hubungi Unit Penawaran Sebelum Perkhidmatan melalui alamat email penawaranisp@jpa.gov.my. 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.