Tempoh Permohonan UPU Online / IPTA Dilanjutkan Hingga Ke 17 April 2020

Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan tempoh permohonan UPU Online bagi lepasan SPM dilanjutkan sehingga 17 April 2020 berikutan dengan masalah pandemik yang berlaku di negara kita sekarang.

Difahamkan bahawa sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, calon-calon lepasan SPM dan STPM sukar untuk mendapatkan akses internet.

Oleh disebabkan itu, Kementerian telah bersetuju untuk melanjutkan tarik tutup permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPUOnline dari 31 Mac kepada 17 April 2020, 11:59 malam.

Manakala hari terakhir bagi calon-calon membeli nombor UNIK di BSN bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April 2020.

Tarikh Tutup Permohonan UPU

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma