Tempoh Isolasi/ Kuarantin Bagi Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat Mengikut Status Vaksinasi Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah mengemaskini tempoh isolasi atau pengasingan bagi kes Covid-19 dan tempoh kuarantin bagi kontak rapat mengikut status vaksinasi Covid-19 berkuatkuasa mulai 1 Mac 2022. Bagi individu yang disahkan positif Covid-19, hanya individu tertentu sahaja akan menjalani kuarantin di hospital manakala selebihnya di rumah masing-masing.

Bagi kontak rapat yang telah lengkap dos vaksinasi Covid-19 dan telah terima dos penggalak, tempoh kuarantin adalah tidak sama dengan kes positif. Golongan ini juga tidak perlu lakukan sebarang ujian pengesanan Covid-19 jika tidak bergelaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempoh kuarantin bagi kes Covid-19 dan kontak rapat terkini yang telah dikemaskini.

TEMPOH ISOLASI/ KUARANTIN KES COVID-19 & KONTAK RAPAT

Berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022, berikut adalah tempoh isolasi atau kuarantin bagi kes Covid-19 dan kontak rapat mengikut status vaksinasi masing-masing:

Tempoh Isolasi Kes Covid-19

Bagi individu yang dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif,  tempoh isolasi adalah selama 7 hari bagi telah menerima dos penggalak dan lengkap vaksinasi manakala pesakit yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi akan menjalani isolasi selama 10 hari.

Tempoh Kuarantin Kontak Rapat

Kontak rapat yang telah menerima dos penggalak tetapi tidak bergejala TIDAK PERLU KUARANTIN manakala yang bergejala akan menjalani kuarantin selama 5 hari. Individu yang telah lengkap vaksinasi akan menjalani kuarantin selama 5 hari. Bagi kontak rapat yang belum lengkap atau tidak divaksinasi, mereka perlu jalani kuarantin selama 7 hari.

Kontak rapat yang tidak mempunyai sebarang gejala tidak perlu buat ujian pengesanan Covid-19 manakala bagi yang bergejala, mereka perlu lakukan RTK-Ag kendiri. Sekiranya postif, pengurusan kes mengikut tataracara pengurusan kes postitif Covid-19.

PERBEZAAN ISOLASI DAN KUARANTIN

Jika anda perasan, pesakit kes Covid-19 perlu menjalani tempoh isolasi manakala kontak rapat perlu menjalani kuarantin. Apa perbezaan antara isolasi dan kuarantin?

SEBAB KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 KATEGORI 1 & 2 KE HOSPITAL

Untuk makluman anda, pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 kebiasaannya hanya perlu kuarantin di rumah. Namun terdapat juga mereka yang dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu, iaitu seperti berikut:

Orang ramai dinasihatkan untuk lengkapkan dos vaksinasi Covid-19 dan ambil dos penggalak bagi meningkatkan ketahanan diri terutamanya bagi kanak-kanak. Peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti sejak akhir-akhir ini sangat ketara dan ibu bapa dinasihatkan untuk ambil langkah bijak demi menjaga kesihatan mereka.

Rujuk: Langkah Buat Tempahan Janji Temu Tarikh, Masa & Lokasi Vaksinasi Anak Melalui MySejahtera

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma