Temuduga Video Call & Google Meet 2026: Persediaan Penting Supaya Nampak Profesional Di Mata Majikan •Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) JPA 2026 Kini Dibuka Untuk Calon Lepasan SPM •Jangan Datang Kaunter JANM Dengan Tangan Kosong, Ini Dokumen Wajib Untuk Tuntut WTD •Kad Pekerja MADANI 2026: Pekerja Swasta Juga Layak Dapat Diskaun Hingga 30% •Geran Sepadan SSPN PTPTN 2026: Simpan Untuk Anak Berpeluang Dapat Bantuan Hingga RM10,000 • Temuduga Video Call & Google Meet 2026: Persediaan Penting Supaya Nampak Profesional Di Mata Majikan •Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) JPA 2026 Kini Dibuka Untuk Calon Lepasan SPM •Jangan Datang Kaunter JANM Dengan Tangan Kosong, Ini Dokumen Wajib Untuk Tuntut WTD •Kad Pekerja MADANI 2026: Pekerja Swasta Juga Layak Dapat Diskaun Hingga 30% •Geran Sepadan SSPN PTPTN 2026: Simpan Untuk Anak Berpeluang Dapat Bantuan Hingga RM10,000 •

Tawaran Temuduga Terbuka MySTEP Pelbagai Jawatan Di DBKL

Oleh Cikgu Shaari • November 23, 2022 • 2 min baca

Tawaran Temuduga Terbuka MySTEP Pelbagai Jawatan Di DBKL
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak jadi salah seorang daripada anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? DBKL mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri Temuduga  Terbuka bagi pengambilan MySTEP pelbagai jawatan seperti yang diiklankan.

Bagi calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke lokasi dinyatakan pada 29 & 30 November 2022 dengan berpakaian mengikut panduan ditetapkan. Setiap calon mestilah hadir bersama dokumen-dokumen dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri Ujian Khas Temuduga.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Nama jawatan: Pelbagai jawatan
  • Taraf jawatan: MySTEP
  • Gaji: RM1600/ RM1800

SENARAI JAWATAN MYSTEP DBKL

Berikut adalah senarai jawatan MySTEP yang ditawarkan:

  • Penolong Pegawai Pertanian (Inventori Pokok)
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Jurutera (Mekanikal)
  • Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
  • Pembantu Tadbir (Kerani Operasi)
  • Pereka (Grafik)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM
  • Sijil SVM (jika ada)
  • Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi (jika ada)
  • Sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19
  • Lesen memandu kelas B2/ D
  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport

Semua dokumen salinan yang dinyatakan perlu disahkan oleh Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat/ Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa/ Penghulu/ Temenggung/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Pengerusi JKKK/ ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/PPM.

MAKLUMAT UJIAN

  • Tarikh ujian terbuka: 29/ 30 November 2022 (tertakluk kepada jawatan dimohon)
  • Lokasi Ujian:  Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) No. 19, Jalan Yaabod Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razah, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
  • Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi

PANDUAN HADIR UJIAN KHAS TERBUKA

Calon mestilah hadir ke ujian khas terbuka dengan ikut panduan berikut:

  1. Calon mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.
  2. Calon lelaki perlu memakai baju kemeja dengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misau atau jambang, hendaklah dicukup dengan rapi
  3. Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut

Kegagalan calon hadir dengan ikut panduan tersebut mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temuduga ini.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja dipertimbangkan bagi jawatan ditawarkan:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.