Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Menyertai Perajurit Muda Dalam Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia Buat Lepasan Diploma

Oleh Cikgu Shaari • October 14, 2022 • 2 min baca

Tawaran Menyertai Perajurit Muda Dalam Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia Buat Lepasan Diploma
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dimaklumkan bahawa Kor Kesihatan Diraja ingin menawarkan peluang menyertai Tentera Darat Malaysia bagi pelajar lepasan Diploma di Institut / Kolej yang berkelayakan dan berminat dengan tawaran.

Untuk makluman anda, Bahagian ini sedang mengumpul mana-mana pelajar lepasan Diploma untuk ditawarkan bagi menyertai Tentera Darat (TD) Malaysia. Senarai nama pemohon yang berkelayakan akan dimajukan ke Markas Tentera Darat- Sel Pengambilan untuk dikeluarkan surat tawaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Perajurit Muda dalam Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia dan panduan buat permohonan.

KOR KESIHATAN DIRAJA

Kor Kesihatan Diraja (KKD) adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). KKD tergolong di antara kelompok bantuan perkhidmatan yang membantu kelompok tempur dan bantuan tempur dalam aspek menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di seluruh negara. KKD juga melalui institusi latihan di Kem Terendak, iaitu Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) berfungsi untuk melatih anggota dan pegawai sebelum berkhidmat di unit masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran menyertai Perajurit Muda dalam Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkamah dan AADK.

KURSUS DIPLOMA YANG LAYAK

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lepasan Diploma dalam bidang berikut:

  • Diploma Pembantu perubatan
  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Kesihatan Persekitaran
  • Diploma Radiologi
  • Diploma Makmal Perubatan
  • Diploma Teknologi Pergigian
  • Diploma Farmasi
  • Diploma Pembantu Veterinar
  • Diploma Jurupulih Perubatan Cara kerja
  • Diploma Jurupulih Anggota

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat menyertai Perajurit Muda dalam Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan yang dimajukan ke alamat berikut:

  • Email: sm.bpk@mod.gov.my

Hantarkan permohonan dengan kemukakan maklumat berikut:

  • Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat Email
  • No. Telefon Bimbit
  • Kelulusan DIploma (nyatakan)
  • Alamat Surat Menyurat

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung terus di talian 03 4013 2993/ 2995/ 2998/1232.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.