Tawaran Pengajian Diploma & Sijil Di Institut Kraf Negara (IKN) Percuma & Elaun Bulanan Diberi

Institut Kraf Negara (IKN), institusi latihan kraf di bawah Kraftangan Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Diploma dan Sijil.

Pengambilan adalah dibuka buat lepasan SPM yang berminat dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Seni Kraf Batik Tenunan, Seramik, Kayu, Logam, Rotan dan Buluh.

Pelbagai kemudahan disediakan kepada pelajar sepanjang pengajian. Rujuk info lanjut program pengajian yang ditawarkan di perkongsian bawah.

PROGRAM PENGAJIAN

IKN menawarkan program Diploma, Sijil Seni Kraf dan Sijil Kemahiran Malaysia berasaskan kredit dalam bidang Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan.

  • Diploma Seni Kraf: 3 tahun
  • Sijil Seni Kraf: 2 tahun
  • Sijil Kemahiran Malaysia: 2 tahun (Program penuh)
    – SKM Penyelia Songket & Dastar – Sabah
    – SKM jurukraf Rotan Kanan – Sabah
    – SKM Penyelia Songket & Dastar – Kuching, Sarawak
    – SKM Penyelia Tenun PUA – Kampus Betong, Sarawak

Aktiviti Ko-kurikulum

  • Seni mempertahankan diri, persembahan kebudayaan, sukan dan rekreasi.

Tawaran Pengajian Diploma & Sijil Di Institut Kraf Negara (IKN) Kemasukan Julai 2021. Elaun Bulanan Diberi Tawaran Pengajian Diploma & Sijil Di Institut Kraf Negara (IKN) Kemasukan Julai 2021. Elaun Bulanan Diberi KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar sepanjang pengajian adalah:

  • Elaun Sara Hidup Bulanan RM120
  • Alatan dan bahan bengkel disediakan
  • Insurans Perlindungan Pelajar
  • WIFI disediakan
  • Perpustakaan dan lain-lain

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat am kemasukan institut dan syarat-syarat program seperti berikut:

Syarat Am Institut

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Berminat dan berbakat dalam bidang kraf
  • Boleh menulis dan membaca

Syarat Program Diploma dan Sijil (Diiktiraf MQA)

  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Lepasan SPM/ STPM
  • Wajib Lulus BM dan Sejarah
  • Minimum 3 kredit (Diploma)
  • Minimum 1 kredit (Sijil)
  • Minat dalam seni kraf

Syarat Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Boleh menulis dan membaca
  • Minat dalam seni kraf

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program pengajian yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan mulai 10 Januari 2022 sehingga 31 Mei 2022. Dapatkan borang permohonan secara online di laman berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal pelajar, IKN di saluran berikut:

  • Unit Hal Ehwal Pelajar
    Institut Kraf Negara (Encik Syahrul Nizam / Puan Mariam / Puan Suraya)
  • Tel: 03 6091 5322
  • Emel: hep.ikn@kraftangan.gov.mu
  • WhatsApp: 019 3005709

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma