KTM MyRail5: Tawaran Pas Bulanan Tanpa Had Buat Pelajar Sekolah & OKU

Pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang layak mendapatkan pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 atau dikenali sebagai MyRail5 boleh mendapatkannya mulai 30 Disember ini.

Hanya dengan bayaran RM5, golongan yang layak boleh menggunakan perkhidmatan KTM selama 30 hari tanpa had. Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan ini dijangka memberi faedah kepada hampir 3,000 pengguna tren sehari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut golongan yang layak dan cara membuat pembelian MyRail5.

MAKLUMAT MYRAIL5

  • Tarikh berkuatkuasa: Boleh digunakan mulai 1 Januari 2021
  • Tempoh sah: 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian/pembaharuan pas MyRail5

KEMUDAHAN MYRAIL5

Pengenalan insentif baharu itu bertujuan untuk memberikan kemudahan seperti berikut:

  • Meringankan beban perbelanjaan pengangkutan golongan sasar itu yang menggunakan perkhidmatan KTMB, khususnya KTM Komuter dan KTM Intercity
  • Mereka boleh menggunakan pas ini mengikut sektor bagi perkhidmatan:
    – KTM Komuter Lembah Klang,
    – KTM Komuter Utara, dan
    – tren KTM Intercity Shuttle Timuran di antara Kuala Lipis – Tumpat.

GOLONGAN YANG LAYAK

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata insentif itu diberikan khusus untuk Warganegara Malaysia:

  • Pelajar sekolah Tahun Satu hingga Tingkatan Enam
  • Golongan kurang upaya (OKU).

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mendapatkan pas MyRail5 bagi pengguna baharu dan pengguna sedia ada:

Pengguna Baharu – (KTM Komuter sektor Lembah Klang / Utara dan Shuttle Timuran)

  • Kad pengenalan; dan
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau;
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter sektor Lembah Klang)

  • Kad Pengenalan; dan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada

Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)

  • No.PNR (KITS)
  • Kad Pengenalan
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

KTM MyRail5: Tawaran Pas Bulanan Tanpa Had Buat Pelajar Sekolah & OKU

CARA MEMOHON

Pendaftaran untuk mendapatkan MyRail5 kini dibuka secara online dan manual di kaunter-kaunter perkhidmatan KTM terpilih.

Secara Online

Permohonan secara online boleh dibuat di laman web berikut:

Secara Manual

Pengguna KTM Komuter di Lembah Klang boleh membuat pendaftaran di 13 stesen yang terpilih iaitu:

  • Sentul, Batu Caves,
  • Subang Jaya,
  • Klang,
  • Shah Alam,
  • Bandar Tasik Selatan,
  • Kajang,
  • Seremban,
  • KL Sentral,
  • Kepong,
  • Sungai Buloh,
  • Rawang dan
  • Tanjung Malim.

KTM MyRail5: Tawaran Pas Bulanan Tanpa Had Buat Pelajar Sekolah & OKU

Pengguna KTM Komuter di Utara dan KTM Intercity Shuttle Timuran boleh mendaftar sama ada di semua kaunter atau melalui laman sesawang KTMB.

KTM MyRail5: Tawaran Pas Bulanan Tanpa Had Buat Pelajar Sekolah & OKU

Bagi pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma