Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Kemasukan Ke Kolej Institut Jantung Negara Buat Lepasan SPM, Elaun RM450 Sebulan Diberi

Oleh Cikgu Shaari • September 2, 2022 • 2 min baca

Tawaran Kemasukan Ke Kolej Institut Jantung Negara Buat Lepasan SPM, Elaun RM450 Sebulan Diberi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysian. Tujuan IJN ditubuhkan bagi merawat pesakit jantung yang memerlukan pembedahan koronari, kardiologi dan kes pediatrik. Semua pesakit jantung yang serius dari seluruh negara dirujuk ke IJN bagi mendapat rawatan lanjut dan jika perlu, pembedahan koronari akan dilakukan

Pasti ramai yang tak tahu kan Institut Jantung Negara menyediakan Kolej IJN untuk orang ramai melanjutkan pengajian? Kolej IJN dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pelajar yang berminat nak mengikuti pengajian di Kolej IJN boleh buat permohonan dan terima pelbagai manfaat sepanjang pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM DITAWARKAN

Antara program pengajian ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara adalah:

  • Diploma Pharmacy
  • Diploma Psychology
  • Diploma Healthcare Management
  • Diploma Physiotherapy
  • Diploma Occupational Safety & Health
  • Diploma In Business Administration
  • Diploma In Human Resources Management
  • Diploma Accounting

MANFAAT PELAJAR

Antara manfaat mengikuti pengajian di Kolej Institut Jantung Negara adalah:

  • Elaun RM450 sebulan
  • Asrama disediakan
  • Pengangkutan disediakan
  • Peluang pekerjaan bersama IJN Group
  • Percuma “Professional Courses with Certificate”
  • RM200 peruntukan tiket penerbangan ke KLIA khusus untuk pelajar dari Labuan, Sabah dan Sarawak

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran mengikuti pengajian di Kolej IJN adalah terbuka lepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ek atas
  • Lulus SPM dengan minima 3 kredit * Kecuali Program Diploma Physiotherapy memerlukan minimun 5 kredit*

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Kolej IJN seperti ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh ikuti temuduga pengambilan pelajar di lokasi dan masa berikut:

  • Lokasi: Institut Jantung Negara Kuala Lumpur
  • Masa: 10 September 2022 (9 pagi – Sabtu)

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengajian ditawarkan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pegawai bertugas di talian WhatsApp 013 5801286.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.