Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Kuala Lumpur Sesi Januari 2021  Kini Dibuka

GIATMARA Titiwangsa atau dulunya dikenali sebagai GIATMARA Kuala Lumpur kini menawarkan temuduga terbuka untuk kemasukan pelajar bagi sesi Januari 2021.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan dan menerima pelbagai faedah dan kemudahan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi sesi pemilihan pelajar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga terbuka kemasukan GIATMARA Titiwangsa.

PROGRAM DITAWARKAN

Antara program ditawarkan bagi kemasukan Januari 2021 adalah:

  • Sistem Rangkaian Komputer (CSN) – 6 + 3 bulan
  • Teknologi Fotografi (TFC) – 6 + 3 bulan
  • Teknologi Elektronik (TEL) – 12 bulan

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Giatmara Titiwangsa seperti yang ditetapkan:

  • Bumiputera
  • Sihat Tubuh Badan
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Boleh membaca, menulis dan berminat

KELEBIHAN GIATMARA

Antara kelebihan mengikuti pengajian di Giatmara adalah:

  • Latihan Percuma
  • Elaun bulanan RM200.00
  • Pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Bimbingan kerjaya, usahawan dan melanjutkan pelajaran

MAKLUMAT TEMUDUGA

Sekiranya anda berminat untuk memasuki Giatmara dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka pada tarikh dan masa berikut:

  • Tarikh: 14 hingga 17 Disember 2020
  • Masa: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
  • Tempat:
    GIATMARA Titiwangsa,
    Tingkat 4, Wisma Q Titiwangsa,
    Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
Nota: Anda diminta untuk hubungi pihak bertugas di talian 03-40323241 untuk tetapkan tarikh dan masa temuduga atau jika terdapat sebarang pertanyaan. Whatsapp 0133800352 (En.Syed) bagi Foto & Elektronik dan 0133039494 (En.Rahmat) bagi CSN untuk temujanji temuduga.
Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Kuala Lumpur Sesi Januari 2021  Kini Dibuka

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma