Tawaran Diskaun Saman Trafik 50% Pada 20 & 21 Disember 2022

Jika anda mempunyai saman trafik yang masih belum dibayar, ini adalah peluang terbaik untuk anda melangsaikan saman tertunggak tersebut dengan kadar diskaun yang menarik yang sedang ditawarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tetapi hanya untuk kesalahan trafik terpilih sahaja.
Polis Kontijen Selangor telah mengumumkan tawaran diskaun saman trafik sempena dengan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Tawaran diskaun boleh didapatkan dengan hadir ke kaunter trafik Daerah Kontinjen Selangor.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran diskaun saman trafik.
KADAR DISKAUN SAMAN
Pengurangan saman PDRM diberikan sebanyak:
- Kadar diskaun: 50%
TEMPOH TAWARAN DISKAUN SAMAN
Pengurangan saman sehingga 50% itu adalah ditawarkan selama 2 hari iaitu:
- Tempoh tawaran: 20 Disember & 21 Disember 2022
CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN
Orang ramai yang ingin dapatkan diskaun saman tersebut boleh hadir ke lokasi pada masa yang ditetapkan seperti berikut:
- Tarikh: 20 Disember & 21 Disember 2022
- Masa: 8 pagi hingga 4 petang
- Tempat: Semua kaunter trafik daerah Kontinjen Selangor
Pembayaran saman dengan pengurangan diskaun boleh dibuat melaui kaunter bermula jam 8 pagi hingga 4.00 petang. Pembayaran boleh dibuat di tapak kawasan yang dinyatakan sahaja.
KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK DAPAT DISKAUN
Diskaun saman adalah untuk SEMUA jenis saman KECUALI:
- Saman kemalangan
- Saman NC (Non Compaundable)
- Saman Berstatus OP Selamat
- Saman Bicara Mahkamah
- Saman berkaitan kenderaan berat M/ lori
- Saman kesalahan memotong secara merbahaya/ Potong barisan
- Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan
- Saman tidak patuh lampu isyarat
- Saman kesalahan memotong di garisan berkembar
- Saman kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan