“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? • “Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? •

Tawaran Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Pada 8-10 Disember 2023

Oleh Cikgu Shaari • December 8, 2023 • 2 min baca

Tawaran Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Pada 8-10 Disember 2023
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jika anda mempunyai saman trafik yang masih belum dibayar, ini adalah peluang terbaik untuk anda melangsaikan saman tertunggak tersebut dengan kadar diskaun yang menarik yang sedang ditawarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tetapi hanya untuk kesalahan trafik terpilih sahaja.

PDRM telah mengumumkan tawaran diskaun saman sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang bermula 8 hingga 10 Disember ini. Tawaran diskaun boleh didapatkan dengan hadir ke kaunter di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran diskaun saman trafik.

KADAR DISKAUN SAMAN

Pengurangan saman PDRM diberikan sebanyak:

  • Kadar diskaun: Sehingga 50%

TEMPOH TAWARAN DISKAUN SAMAN

Pengurangan saman sehingga 50% itu adalah ditawarkan selama 2 hari iaitu:

  • Tempoh tawaran: 8-10 Disember 2023

CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN

Orang ramai yang ingin dapatkan diskaun saman tersebut boleh hadir ke lokasi pada masa yang ditetapkan seperti berikut:

  • Tarikh:8-10 Disember 2023
  • Tempat: Khemah nombor 2, Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (di belakang pentas utama)

Pembayaran saman dengan pengurangan diskaun boleh dibuat melaui kaunter bermula jam 9 pagi hingga 4.00 petang. Pembayaran boleh dibuat di tapak kawasan yang dinyatakan sahaja.

KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK DAPAT DISKAUN

Diskaun saman adalah untuk SEMUA jenis saman KECUALI:

  • Saman kemalangan
  • Saman NC (Non Compaundable)
  • Saman Bicara Mahkamah

Rujuk kenyataan media di bawah untuk lebih maklumat.

 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.