Tarikh Penting Tawaran Biasiswa JPA Tahun 2022 Dibuka Buat Semua Peringkat Pengajian

Pembiayaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan satu biasiswa. Bermakna segala yuran pengajian anda ditanggung, malah anda akan dapat elaun sara hidup sepanjang pengajian. Namun JPA adalah berteraskan bond atau terikat. Selepas tamat pengajian, anda perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh tertentu untuk menjadikannya biasiswa penuh.

Permohonan JPA adalah dibuka dalam tempoh tertentu. Namun pelajar yang sedang melanjutkan pengajian dan merupakan peminjam PTPTN juga boleh mohon apabila tawaran JPA dibuka. Ramai pelajar merebut peluang untuk mendapatkan biasiswa JPA yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh penting tawaran biasiswa JPA Tahun 2022.

TARIKH PENTING TAWARAN BIASISWA JPA TAHUN 2022

Antara program pembiayaan JPA yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian adalah:

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU).

  • Permohonan: 14 Februari 2022 sehingga 27 Februari 2022
  • Keputusan: Penghujung April 2022

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Nasional adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Permohonan: Pertengahan Jun 2022
  • Student Assessment Centre (SAS): Awal Julai 2022
  • Keputusan:  Penghujung Julai 2022

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ)

Tawaran penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

  • Permohonan: Pertengahan Jun 2022
  • Student Assessment Centre (SAS): Awal Julai 2022
  • Keputusan:  Penghujung Julai 2022

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Program Khas JPA MARA (JKJM)

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di luar negara.

  • Permohonan: Pertengahan Jun 2022
  • Student Assessment Centre (SAS): Awal Julai 2022
  • Keputusan:  Penghujung Julai 2022

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Program Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

Penajaan JPA kepad apelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara di peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA).

  • Permohonan: Pertengahan Jun 2022
  • Student Assessment Centre (SAS): Awal Julai 2022
  • Keputusan:  Penghujung Julai 2022

Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Tajaan dibuka kepada pelajar-pelajar cemerlang tajaan JPA lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam pelbagai bidang yang dikenal pasti oleh JPA.

  • Permohonan: 14 Februari 2022 sehingga 20 Februari 2022
  • Keputusan: AKAN DIKEMASKINI

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Program Dermasiswa B40 (DB40)

Program Dermasiswa B40 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.

  • Permohonan: Pertengahan Julai 2022
  • Keputusan: Awal September 2022

IKLAN & CARA MOHON BIASISWA

Individu yang berminat nak dapatkan pembiayaan JPA dan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggal dinasihatkan untuk ambil perhatian tarikh-tarikh penting tawaran yang dinyatakan di atas supaya anda tidak terlepas permohonan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma