Tarikh-Tarikh Penting Pengambilan Khas Guru KPM (Graduan Bukan Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan bukan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Permohonan kini telah dibuka! Para calon yang berminat nak mohon pengambilan khas kali ini dinasihatkan untuk ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting pengambilan khas.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
  • Lokasi penempatan: Seluruh Malaysia
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji permulaan: RM2,188.00
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Oktober 2021

TARIKH PENTING PENGAMBILAN GURU KPM

Berikut adalah tarikh-tarikh penting Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang calon perlu ambil perhatian:

  • Iklan Pengambilan Guru Lantikan CoS
    = 27 September 2021
  • Permohonan Guru Lantikan CoS
    = 29 September hingga 10 Oktober 2021
  • e-UKCG: Saringan Ujian Kelayakan Calon Guru
    = 11 hingga 16 Oktober 2021
  • Semakan Keputusan e-UKCG Dan Panggilan Temu Duga
    = 17 hingga 31 Oktober 2021
  • Temu Duga Saringan Temu Duga Lantikan CoS
    = 1 hingga 14 November 2021
  • Pengumuman Keputusan Calon Jaya
    = 27 November 2021

Calon yang berkelayakan boleh dapatkan info lanjut dan panduan buat permohonan di bawah:

iklan permohonan guru kpm graduan bukan pendidikan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma