Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 2022 Dibuka & Tarikh Penting Kemasukan Matrikulasi

Perhatian buat calon lepasan SPM 2022! Bagi calon yang berhasrat untuk buat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi, anda telah membuat satu langkah yang bijak. Pelbagai kelebihan mengikuti program Matrikulasi yang pelajar program lain tidak dapat.

Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2022/2023 akan dibuka mulai Mac 2022. Buat masa sekarang masih tiada sebarang permohonan baru dibuka buat lepasan SPM. Sekiranya ada, anda akan dimaklumkan.

Calon yang telah membuat permohonan boleh semak tarikh penting semakan dan kemasukan Matrikulasi sesi 2022/2023 di perkongsian bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan dibuka pada:

  • Mulai 15 Mac 2022 sehingga 15 April 2022

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my.

Syarat kemasukan pelajar ke Matrikulasi boleh disemak di pautan berikut:

TARIKH PENTING SEMAKAN & KEMASUKAN MATRIKULASI

Berikut adalah tarikh-tarikh penting semakan dan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2022/2023 yang perlu diambil perhatian:

  • Permohonan Dibuka: 15 Mac 2022
  • Permohonan Ditutup: 15 April 2022
  • Temuduga JPPro: April/ Mei 2022
  • Keputusan SPM diumumkan: Jun 2022
  • Hebahan keputusan kemasukan ke Matrikulasi: Julai 2022
  • Rayuan kemasukan/ pertukaran: Julai 2022
  • Setuju terima/ yuran pendaftaran: Julai 2022
  • Minggu Pengurusan Pelajar Baharu: Julai 2022
  • PdP bermula: Julai 2022

PENGEMASKINIAN KEPUTUSAN SPM

Calon SPM yang baru mendapat keputusan dan telah membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi tidak perlu risau. Dimaklumkan bahawa anda TIDAK PERLU kemaskini permohonan Matrikulasi.

Sistem Matrikulasi KPM akan kemaskini keputusan calon secara automatik.

CARA MOHON KEMASUKAN KE MATRIKULASI

Permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2022 boleh dibuat mulai Mac 2022 dengan ikut langkah berikut:

Calon diminta untuk ambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Bagi sesi pembelajaran yang akan bermula bulan hadapan pula akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut makluman terbaru oleh Kementerian.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma